Translate

25/03/2011

Datuk Syazrly Eskay, Rahim Serah Polis, Klip Video & Jam Tangan Omega

AIDCNews – 24/03/11 – Ahli perniagaan, Datuk Syazrly Eskay Abdullah dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik petang ini menyerahkan satu klip video skandal seks dan jam tangan Omega yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pihak polis petang tadi.

Berkenaan klip video dan jam tangan Omega, The Star, 21 Mac [klik di sini] melaporkan :
Satu video yang menunjukkan seorang lelaki yang mirip pemimpin utama pembangkang telah mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang dipercayai pelacur luar negara.

Datuk T mendakwa beliau menemui video itu selepas diminta oleh ahli politik itu mencari jam tangannya (Omega) di bilik yang merupakan tempat hubungan seks itu diadakan.
Di Bukit Aman petang tadi, Syazrly dan Rahim dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis itu kira-kira pukul 5 petang sebelum memberi keterangan selama lima jam berkaitan isu tersebut.
Mereka berdua adalah trio ‘Datuk T’ yang mengaku termasuk Datuk Shuib Lazim sebagai yang bertanggungjawab memperlihatkan kepada wakil media klip video seks itu kepada editor kanan media, di Hotel Carcosa Isnin lalu.
Shuib, bagaimanapun tidak hadir dalam sidang media semalam dan ke Bukit Aman hari ini kerana dipercayai di berada luar negara.
Difahamkan keterangan Shuib akan diambil esok.
Saksi Utama Datuk Syazrly Eskay
Shazryl diarahkan oleh Anwar supaya mengambil jam tangan Omega di dalam sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun di bilik hotel itu selain menemui jam tangan, beliau turut menjumpai empat kamera litar tertutup (CCTV).
Beliau yang tidak dapat melihat isi kandungan rakaman video itu meminta bantuan Rahim dan Shuib bagi membuat salinan rakaman.
Beliau juga meminta Rahim untuk mencari lokasi yang boleh menjamin keselamatannya bagi mendedahkan isi kandungan video tersebut kepada wartawan pada 21 Mac lalu.
“Saya yakin 100 peratus (lelaki dalam video itu adalah seorang pemimpin parti pembangkang) sebab saya pun ada dalam rakaman video tersebut,” katanya.
Rahim dihubungi Shazryl minggu lalu yang meminta bantuan bagi menyalin video seks itu. Juga bertanggungjawab memilih dan menempah bilik di Carcosa Seri Negara untuk tujuan pendedahan kepada wartawan.
Shuib pula membantu proses menyalin rakaman video. Beliau turut menjemput Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anak saudaranya supaya diberi peluang menonton rakaman video itu kerana hubungannya yang rapat dengan Anwar walaupun pada awalnya tidak dipersetujui oleh Shazryl Eskay dan Abdul Rahim. Klik di sini
Dalam sidang media Datuk T di Impiana Hotel petang semalam, Syazrly kawan rapat Anwar mengatakan beliau kini bersedia bekerjasama dan mendedahkan segala-galanya kepada pihak polis.
Sebelum ini, tidak ada pendedahan lanjut berkenaan dengan tahun sebenar klip video dan di hotel mana itu dirakam.
Menurut Syazrly, pada mulanya beliau tidak mahu membuat laporan polis berhubung video seks berkenaan kerana tidak mahu perkara tersebut dilabelkan sebagai satu konspirasi politik.
“Saya bukan ahli politik, saya hanya seseorang yang mengenalinya (pemimpin yang didakwa itu). Saya akan hanya berikan kenyataan kepada pihak polis sekiranya saya dipanggil untuk berbuat demikian.
“Kini saya sedia beri kerjasama…walau apa pun kenyataan yang diminta saya akan beri kerjasama saya…tiada masalah.
“Apa yang penting kita tidak takut kerana kita di pihak yang benar,” ujarnya.
Kenyataan Media Johari Abdul Merugikan Anwar ?
Walaupun kenyataan media YB Johari Abdul yang disebarkan secara meluas di kalangan blog-blog reformasi [klik di sini] dan sidang media di parlimen [klik di sini] pada 23 Mac dianggap berusaha membersihkan nama baik ketuanya, Anwar Ibrahim, namun kenyataan-kenyataannya itu tidak mampu membendung nama Anwar dikaitkan dengan skandal itu, malah akan menguatkan lagi spekulasi tersebut.
Apatah lagi, Johari turut menjadi lidah penyambung kepada kenyataan Syazrly yang tidak didedahkan kepada umum.
Misalnya, Johari turut memberitahu bahawa Syazrly sering membawa Anwar ke Thailand yang mempunyai kaitan dengan tempat pelacuran, club house.
Kenyataan seumpama ini akan menguatkan lagi spekulasi kerana Anwar sebelum ini sering berulang alik ke Thailand, apakah lagi dengan status Syazrly yang merupakan bekas konsul Thailand di Malaysia.
Johari juga memanjangkan lagi penjelasan Syazrly berkenaan klip video itu yang sebelum ini tidak diketahui umum.
“Shazryl menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit (Anwar) menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar.
“Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu”, katanya.
Kenyataan media Johari juga turut mendedahkan lokasi Anwar dan Shazryl. Menurutnya, ketika skandal seks itu dirakam, Shazryl turut berada di bilik bersebelahan dengannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...