Translate

19/03/2011

Harga Minyak Tinggi Berterusan Beri Kesan Buruk Pemulihan Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Harga minyak yang tinggi berterusan sekitar US$100 setong boleh memberi kesan buruk terhadap pemulihan ekonomi global, kata Moody's Investors Service.

Katanya sektor yang dijangka paling teruk terkena kesannya ialah automotif, syarikat penerbangan, perjudian serta protin dan pertanian.

"Akhirnya, kesan harga minyak dan bahan api yang tinggi ke atas perniagaan dan pengguna bergantung kepada beberapa faktor di mana sesetengahnya lebih banyak terdedah daripada yang lain, terutama sekali selepas kenaikan harga minyak yang tinggi dan kejatuhan harga yang pantas seperti yang dilihat pada 2008," kata Pengarah Urusannya, Steven Wood dalam satu kenyataan.

Di dalam sektor automotif, syarikat pengeluar automotif Amerika Syarikat (AS) lebih bersedia menghadapi harga minyak yang lebih tinggi pada 2008 tetapi ia mempunyai implikasi kredit jika harga gasolin kekal tinggi pada tempoh jangka panjang.

Di dalam sektor pengembaraan dan liburan, bagi syarikat penerbangan global, bahan api adalah perkara yang menjadi tekanan utama tetapi kosnya tidak memberi kesan keuntungan pada jangka masa dekat.

Syarikat penerbangan kemungkinan menaikkan harga tambang, kata Moody's Investors.

Kenaikan harga bahan api semasa masih belum memberi kesan terhadap pengendali perjudian di Macau, Singapura dan Malaysia.

Di dalam sektor makanan, harga minyak yang tinggi akan menaikkan lagi kos bahan makanan, baja, peralatan dan pengangkutan di dalam industri protin makanan di AS, Asia dan Eropah tetapi pada tahap tertentu di setiap rantau.

"Di Asia, gambarannya dirumitkan lagi oleh bebanan subsidi pertanian yang ditanggung oleh sesetengah kerajaan," katanya.

-- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...