Translate

03/01/2011

Siapa di belakang Anwar dalam Al Baraka Bank ?

AIDCNews – 27/12/10 – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Turki menghadiri mesyurat Albaraka Bank milik Albaraka Banking Group (ABG) yang 55 peratus sahamnya dipegang oleh syarikat pelaburan Bahrain, Dallah Al Baraka Holding Company.
Pemilikan saham ABG selebihnya dikongsi bersama Emirates Bank International (UAE), Dubai Investments Company(UAE), Barwa Real Estate Company(Qatar), Mr.Abdullah Abdulaziz Saleh Al Rajhi (Saudi Arabia), Mr.Fahad Abdullah Al Rajhi (Saudi Arabia), dan Sheikh Saleh Abdullah Mohammad Kamel (Saudi Arabia).
Anwar Ibrahim dilantik independent non-executive director, ABG sejak Mac 2006, ketika beliau masih menetap di Amerika Syarikat dengan menjadi pensyarah pelawat di Centre for Muslim-Christian
Understanding, Universiti Georgetown, Washington D.C. Klik di sini

Pelantikannya berdasarkan pengalamannya sebagai konsultan Bank Dunia (Washington USA) yang dilantik oleh Paul Wolfowitz dan Presiden Kehormat Accountability (London, UK) yang dilantik oleh Al Gore.
“Beliau mempunyai networking yang luas di Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Asia Pasifik. Selain berkhidmat di ABG, beliau juga berkhidmat Non-Executive Director di Pearl Oriental Innovation Limited (China Merchants Dichain Asia Ltd.) dari 24 Mei 2006 hingga September 2007″, kata sumber dari investing.businessweek.com. Klik di sini

Siapa di belakang Albaraka Banking Group ?
Pengerusi ABG, Shaikh Saleh Abdullah Kamel dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan Osama Ben Laden, tokoh yang disebut-sebut sebagai teroris yang dikaitkan dengan serangan WTC, 11 September 2001. Tetapi hingga kini tuduhan itu gagal dibuktikan, meskipun Amerika Syarikat berjaya memusnahkan Iraq dan Afganistan semata-mata untuk mencari Osama Ben Laden.
“Tuduhan tiga putera raja Saudi Arabia dan beberapa ahli-ahli perniagaan Arab Saudi, termasuk Shaikh Saleh Abdullah Kamel yang didakwa menaja Osama Ben Laden dan Al Qaeda, tidak berasas, sebab itu dakwaan mereka digugurkan”, kata Hakim Richard Casey, dari Manhattan Federal. Klik di sini
“Hubungan di antara para pemimpin Amerika Syarikat dan keluarga raja-raja Arab Saudi telah lama terjalin, mereka bekerjasama semenjak era Perang Dingin (Cold War), menentang Soviet Union lagi. Amerika Syarikat mengharapkan bekalan minyak Arab Saudi dan Arab Saudi memerlukan bantuan Amerika Syarikat untuk melindungi kerajaannya daripada ancaman kuasa-kuasa asing.
“Kerjasama Amerika Syarikat dan Arab Saudi telah lama bermula. Kerjasama itu wujud secara rahsia”, lapor 9/11 Commission. Klik di sini
Menurut Fidel Castro, Bekas pemimpin Cuba, Osama bin Laden, Ketua Al Qaeda adalah ejen CIA.
“Setiap kali Bush mahu menimbulkan ketakutan dan membuat ucapan besar, Osama akan muncul untuk mengancam orang ramai dengan cerita tentang apa yang akan dilakukannya,” ujarnya kepada media. Klikdi sini
Fakta ini turut disokong oleh Norm Dixon dari greenleft, yang mengatakan Osama Bin Laden adalah produk CIA yang dilatih oleh Zbigniew Brzezinski, Penasihat Keselamatan Negara, Presiden Jimmy Carter. Klik di sini
Zbigniew Brzezinski(sedang memegang senjata),mewakili CIA sedang menunjukkan cara-cara menggunakan senjata kepada Osama bin Laden(bertopi, berjanggut dan misai), semasa perang melawan Rusia di Afghistan lewat tahun 1970-an

Zbigniew Brzezinski dan Anwar Ibrahim dalam ICG (International Crisis Group) yang disponsor oleh George Soros
Sama seperti Presiden Bush, walaupun tidak cukup bukti, Anwar Ibrahim sendiri pernah menuduh Osama bin Laden sebagai teroris, punca serangan WTC. Klik di sini
Ketika membuat tuduhan itu, Anwar Ibrahim berada di penjara Sungai Buloh dan diseludup rencananya melalui orang-orangnya untuk siaran media Barat. Rencana Anwar disiarkan oleh International Herald Tribune pada 11 Oktober 2001 yang menyebabkan Paul Wolfowitz, ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat jatuh hati kepadanya kerana terdapat tokoh muslim yang menyokong usahanya memerangi teroris di dunia Islam.
Albaraka Banking Group, Osama Bin Laden & IIIT
Menurut Bosnian Intelligence Agency, Albaraka Banking Group menyalurkan kewangan kepada Al Haramain operations yang membantu operasi Osama Bin Laden. Osama pula membantu Hassan al Turabi, tokoh yang disebut-sebut ditaja CIA di Sudan. [klik di sini].
Manakala laporan historycommons.org, (yang dipercayai sumber maklumat dari FBI), Sulaiman Abdul Aziz al-Rajhi yang merupakan pemilik the Al-Rajhi Banking & Investment Corp dan mempunyai saham dalam Albaraka Banking Group adalah tokoh yang menubuhkan SAAR Corporation/Network berpusat di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat. Klik di sini
Selain Sulaiman, seorang lagi ahli perniagaan Arab Saudi yang menaja kewangan kepada SAAR Corporation/Network adalah Yassin al-Qadi. Al Qadi telah bekerjasama dengan Yaqub Mirza, rakyat Pakistan, warganegara Amerika Syarikat yang dilantik Pengarah SAAR Network. Klik di sini
Turut dinamakan juga adalah Youssef Nada, pemilik Al Taqwa Bank yang berpengkalan di Switzerland. Youssef Nada berhubungan dengan Soliman Biheiri (Ketua BMI Inc, syarikat pelabur yang berpengkalan di New Jersey).
Penyelidikan Amerika Syarikat menyebut; “terdapat tanda-tanda lain berkenaan hubungan di antara bank Al Taqwa (Youssef Nada) dengan Biheiri (BMI Inc), termasuk urus niaga kewangan”. Klik di sini
Bermakna dapat disimpulkan empat tokoh yang membantu kewangan SAAR Network iaitu Youssef Nada(Bank Al Takwa) , Soliman Biheiri (BMI Inc), Yassin al-Qadi (Qadi International Inc) dan Sulaiman Abdul Aziz al-Rajhi (Al Rajhi/Al Baraka) dan menggunakan Yaqub Mirza sebagai Pengarah proksi SAAR network.
SAAR Corporation/Network ini pula yang menaja IIIT (The International Institute of Islamic Thought) yang berpengkalan di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat yang Anwar Ibrahim merupakan salah seorang pengasas dan ahli pemegang amanah. Klik di sini
Baca kajian sebelum ini, kaitan Anwar, CIA dan IIIT. Klik di sinidi sinidi sini, dan di sini
Penulis Barat, Ilan Weinglass, dari FrontPageMagazine.com menyebut Rahim Ghouse penyokong Anwar yang berpengkalan di Melbourne, Australia, berurusniaga dengan Yassin al-Qadi, seorang usahawan Arab Saudi. Klik di sini
Fakta ini diperkukuhkan oleh the terror finance blog yang mengesahkan Yassin Al–Qadi mempunyai hubungan intim dengan dua orang proksi Anwar Ibrahim iaitu, Rahim Ghouse dan Wan Hasni Wan Sulaiman yang menubuhkan ABRAR Group di Amerika Syarikat. Klik di sini
Bahkan lebih tepat Rahim Ghouse dan Wan Hasni Wan Sulaiman adalah proksi Yassin Al–Qadi di ABRAR Group. Klik di sini
Anwar Ibrahim, Bank Islam & IIIT
Ketika Anwar menjadi Menteri Pendidikan, beliau melantik rakan baiknya, Hamid Abu Suleyman yang juga salah seorang pengasas IIIT di Herndon, Virginia, Amerika. Selain Abdul Hamid, seorang lagi pengasas IIIT, Dr Jamal Barzinji turut dilantik Anwar sebagai pensyarah UIA. Jawatan terakhir Jamal adalah Dean, Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences pada Januari 1998.Klik di sini
Blog The Terror Finance mendedahkan Dr Jamal Barzinji dilantik Ketua Ahli Lembaga Pengarah BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) pada tahun 1997 yang memiliki saham terbesar dari JAMI Company Sdn Bhd. JAMI memilki saham sebanyak 3.82% di BIMB yang melayakkannya menjadi Pengarah Bank Islam.Klik di sini
IIIT dan Turki : Jamal Barzinji, Abdullah Gul (Presiden Turki), Dr Hisham Al Talib dan Yakub Mirza
JAMI Company Sdn Bhd yang berproksikan Dr Jamal Barzinji merupakan syarikat yang berpengkalan di New York yang sahamnya dimiliki oleh SAAR Corporation, Al Rajhi Banking and Investment Corporation (ARABIC) dan Sheikh Salah Kamel’s Al Baraka Group.
Glen Simpson dari the Wall Street Journal melaporkan, Jamal Barzinji, Ahmed Totonji dan Hisham Al Talib adalah trio dari pendatang-pendatang Iraq yang mengasaskan IIIT, di Amerika Syarikat (bersama dengan Anwar Ibrahim). Mereka telah berhubungan rapat dalam jangka lama dengan Youssef Nada ahli perniagaan Arab Saudi… Bermula pada tahun 1960-an dan ’70-an, mereka membantu mengasaskan rangkaian Islam (IIIT & WAMY) yang dibantu oleh Arab Saudi dan kumpulan Islam di Amerika Syarikat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...