Translate

03/01/2011

Kenapa Azmin dan Shamshida Cuti Mengejut Ke London ?

AIDCNews – 31/12/10 – Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR telah mengambil cuti mengejut ke London, sejak dua minggu lepas, sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan orang-orang yang rapat dengannya.
Difahamkan, Azmin sekeluarga mula bercuti sejak dua minggu lepas, sepatutnya kembali ke Malaysia minggu lepas, tetapi telah membatalkan penerbangan pulang ke Malaysia pada saat-saat akhir.
Menurut maklumat dalaman, pemandu dan orang gaji Azmin yang menunggu sejak minggu lalu kepulangan majikannya juga turut risau.
Pembantu-pembantu yang digaji oleh Azmin itu risau jika sesuatu perkara buruk akan menimpa majikannya itu, kerana setakat ini, Azmin sekeluarga tidak memberi kepastian bilakah mereka akan pulang ke Malaysia, setelah penerbangan pertama yang sepatutnya mereka kembali dibatal sendiri oleh majikannya secara mengejut.
Menurut maklumat yang tidak mahu namanya disiarkan, Azmin sekeluarga mengambil cuti mengejut ke London kerana tertekan dengan masalah keluarga, sejak adiknya Ummi Hafilda Ali mendedahkan kembali kisah benar 12 tahun lampau yang berlaku  di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin (isteri Azmin) di Mingguan Malaysia dan pendedahan seterusnya di blog http://srikandi7.blogspot.com/
“Pendedahan-pendedahan Ummi Hafilda di blog itu amat memberi tekanan kepada Azmin, apatah lagi disertakan lagi dengan bukti-bukti dokumen-dokumen tertentu.
“Bukan setakat blog itu dilayari oleh peminat-peminat Ummi, malah turut dikunjungi juga oleh ahli-ahli parlimen sama ada dari pihak pembangkang atau kerajaan untuk mengikuti pendedahan yang seterusnya serta mengetahui cerita sebenar yang berlaku pada tahun 1998″, katanya
Blog srikandi7 yang baru dibina kira-kira tiga minggu lepas, kini telah mencecah hit 110801, dengan follower seramai 355 orang dan sudah tersenarai di tangga ke 50 antara blog popular di alexa ranking.

Setiap artikel yang ditulis oleh Ummi Hafilda mendapat sokongan dari peminatnya, hinggakan mencecah ratusan komen. Malahan, ramai pengunjungnya tidak sabar untuk menunggu pendedahan yang selanjutnya.
“Malah lebih mengejutkan, anak-anak Azmin, Shazliyana dan Afifa yang nama mereka dikaitkan dalam dakwaan 1998 itu juga turut membaca blog itu.
“Sekarang, kedua dua anak Azmin sudah besar dan boleh berfikir. Mereka sudah ragu-ragu siapakah yang benar, adakah penafian ibu bapanya atau dakwaan yang masih bertebaran ?”, katanya lagi.
Difahamkan, kedua anak perempuan Azmin, Farah Shazliyana (anak sulong) dan Farah Afifah telah mendesak ayahnya, Azmin Ali dan ibunya, Shamshida Taharin melakukan ujian DNA sekali lagi untuk menentukan dakwaan status Afifa adalah anak Anwar Ibrahim.
Kepada kedua-dua anak perempuan Azmin, ujian DNA sekali lagi amat penting untuk memastikan masa depan depan. Setelah ujian DNA itu dibuat semula, jika didapati Afifa adalah benar-benar anak Anwar, gadis itu akan redha sepenuhnya. Dan jika didapati bukan anak Anwar seperti yang didakwa, isu anak Anwar yang terpalit di imej Afifa akan padam buat selama-lamanya.
Namun Azmin dan Shamshida dikatakan telah menolak secara tegas desakan kedua anak perempuannya itu.
“Shazliyana menangis-menangis menelefon saudara mara terdekat di Malaysia meluahkan ‘perang besar’ yang melanda keluarga mereka di London” kata sumber itu lagi.
Penolakan itu menyebabkan Afifa memberontak kerana sudah semakin meragui kebenaran kata-kata kedua ibu bapanya itu.

Afifa yang disebut-sebut sebagai ‘anak Anwar’ mendesak bapanya melakukan ujian DNA sekali lagi untuk menentukan sejauh manakah dakwaan yang dilontarkan sebelum ini.
Difahamkan, Afifa benar-benar marah dengan sikap tidak bertanggungjawab bapanya itu dan dia lebih banyak mengurungkan diri sebagai tanda protes.
Menurut sumber, apabila diajak makan bersama-sama, Afifa menjawab, dia tidak mahu makan bersama ibunya kerana ibunya jahat. Afifa turut memberitahu kepada seseorang, bahawa ‘sekarang dia (Afifa) benar-benar mempercayai  dia adalah ‘anak Anwar’, berdasarkan sikap kedua ibu bapanya mutakhir ini.
Pada tahun 1998, skandal Anwar dan Shamsida telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
Pada 14 April 1999, Anwar telah dijatuhi hukuman bersalah oleh  Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul dan dihukum penjara selama enam tahun kerana penyalahgunaan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan mengarahkan Pengarah Cawangan Khas dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia  untuk mendapatkan pengakuan bersumpah palsu daripada Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar.
Tujuan Anwar mengarahkan pihak Cawangan Khas mendapat pengakuan bersumpah palsu daripada kedua-dua saksi itu adalah untuk mengelakkan skandal seks dan tabie seks luar biasanya itu diketahui umum. Klik di sini dan di sini
Sepanjang prosiding perbicaraan, nama Shamshida Taharin turut dibangkitkan di mahkamah.
Lim Kong Boon, seorang ahli kimia forensik, yang memberitahu Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur bahawa terdapat kesan-kesan tompokan air mani Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin pada tilam yang dirampas dari sebuah unit apartmen mewah Tivoli Villa.
Lim Kong Boon, saksi pendakwa ke 21 berkata, beliau menemui kesan air mani tersebut setelah menjalankan ujian DNA ke atas 13 tompokan yang terdapat pada tilam tersebut. Lim menerangkan bahawa beliau membuat perbandingan profil yang diambil daripada contoh darah Anwar dan Shamshida yang merupakan isteri bekas Setiausaha Sulitnya, Mohd. Azmin Ali.
Lim memberitahu, hasil kajian DNAnya, 13 tompok air mani itu sesuai dengan contoh darah Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin.
Pihak polis juga telah meminta ujian DNA Shamsida dan anaknya Afifa untuk menentukan kebenaran dakwaan yang mengatakan ‘Afifa adalah anak Anwar.
Menurut rekod mahkamah, pihak polis mengalami kesukaran untuk mengambil darah Afifa kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
Difahamkan Anwar juga turut memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak mengambil darah Afifa, sebaliknya menerima apa sahaja darah yang akan diberikan oleh Shamshida.
Sudah kedengaran desas desus ketika itu, Shamshida telah mengambil darah anak sulongnya (Shazliyana) dan bukannya darah Afifa seperti yang diminta oleh pihak polis.
Kegagalan pihak polis mendapatkan sendiri darah Afifa itu dan hanya menerima darah yang diberikan oleh Shamshida itu menyebabkan kes itu masih kedengaran hingga ke hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...