Sabtu, 30 November 2019

LIM GUAN ENG MEMANG KAKI PENIPU SERTA PEMBOHONG

"SMART ENEMY, IS EXACTLY YOU THINK YOU SAFE"

Tengok muka Lim Guan Eng tu, itulah muka ORANG YANG KALAH (Economy Loser) yang pernah ada dalam lipatan SEJARAH.

 JUAL ASET KONONNYA NAK BAYAR HUTANG.

 tapi hakikatnya hutang semakin bertambah, pelabur pula PAKAT LARI.

 DALAM AGENDA DAP KE 7 BUKAN MAIN LAGI; "GLC DITERAJUI BUKAN MELAYU. MELAYU TIDAK BERPOTENSI BERNIAGA BERBANDING CINA PAKAR DALAM EKONOMI"

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa LIM GUAN ENG kelakar kerana mendakwa beliau berbohong berhubung postingnya tentang kedudukan hutang negara.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pada 29 Oktober lalu beliau membuat posting bahawa KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) TELAH TERLEBIH PINJAM RM19 BILION setakat hari itu dan jika tidak diperbetulkan maka defisit negara akan mengalami perbezaan sangat besar.
Dalam posting itu, Najib turut mendakwa PH telah pinjam RM10 bilion dalam bulan Oktober tetapi setakat 29 Oktober, kerajaan belum bayar balik satu sen hutang untuk bulan tersebut.
Selepas posting itu, beliau mendakwa, kerajaan PH cepat-cepat bayar balik RM11.8 bilion pada 31 Oktober.
“Ya, bayar sebanyak RM11.8 bilion pada satu hari sahaja walaupun PH sering kata kita sudah bankrap.
“Selepas bayar balik pada 31 Oktober, GUAN ENG pun keluarkan satu siaran akhbar bahawa “siapa yang kata kerajaan PH tidak bayar satu sen hutang pada bulan Oktober MERUPAKAN PEMBOHONG TEGAR, JAHIL ATAU TIDAK MAMPU MEMBACA DATA KEWANGAN SECARA TEPAT”,” kata Najib.
Bagaimanapun, Najib mempertahankan bahawa kenyataan belum bayar balik hutang itu dibuat pada 29 Oktober.
“31 Oktober, kamu bayar balik RM11.8 bilion dalam satu hari. 2 November, kamu buat siaran media kata saya berbohong pada 29 Oktober? Mana akal?,” soal Najib.
Sedangkan, tambahnya, siaran media yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan itu mengesahkan bahawa setelah bayar balik RM11.8 bilion, kerajaan masih lari bajet.
Ini kerana, setakat akhir bulan Oktober (termasuk bayaran balik RM11.8b itu), kerajaan masih terlebih pinjam kerana jumlah pinjaman bersih adalah RM59.3 bilion – iaitu RM7.4 bilion lebih besar daripada rancangan RM51.9 bilion yang dijanji.
“Kita tengok jka dia akan perbetulkan keadaan ini pada dua bulan terakhir tahun ini. Saya akan terus pantau,” ujarnya.
Rujukan:KLIK DISINI

Selasa, 26 November 2019

INILAH DIA AKIBAT MELANTIK KP SPRM YANG TIDAK ADA KUALITI

APAKAH SPRM TAKUT MENDAKWA ZAKARIA HAMID bekas Setpol Baru Bian Menteri Kerja Raya?

Kenapa pula SPRM hantar surat kepada PKR supaya parti itu yang ambil tindakan terhadap Zakaria Hamid. Kenapa ini berlaku di pemerintahan Malaysia Baru?

Timbalan Ketua Pesurujaya SPRM AZAM BAKI MENGAKU IANYA SILAP DAN TIDAK SEPATUNYA BERLAKU.

Memanglah tidak sepatutnya berlaku, kerana SPRM bukan baru wujud. Mana mungkin SPRM bayi baru lahir macam Kerajaan PH.

Pengerusi lembaga disiplin PKR Ahmad Kassim berkata parti itu menerima surat SPRM pada 23 Oktober l2019.

Zakaria dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 kepada pemimpin tempatan PKR semasa bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.

Rakyat wajar bimbang bahawa LATHEEFA KOYA MASIH ADA AGENDA POLITIK. Dia bekas pimpinan Pusat PKR. Apakah dia mahu menyelamatian maruah seseorang dalam PKR.

INI KESALAHAN BESAR. Tetapi memang rakyat semakin tidak mempercayai SPRM. WAJAR LATHEEFA KOYA LETAK JAWATAN.

Mohd Puad Zarkashi
26/11/2019

Jumaat, 22 November 2019

RAMAI WAKIL RAKYAT KITAR SEMULA PUNCA PH GAGAL MENTADBIR NEGARA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang tampil berbahas buat kali pertama selepas mengangkat sumpah Isnin lalu, menjadi tumpuan ahli Dewan ketika membangkitkan isu banjir di Kampung Ulu Pulai, Pontian.
Isu itu mendapat perhatian RSN Rayer (PH-Jelutong) (INI CONTOH SALAH SEORANG DARIPADANYA) yang mencelah dan bertanya sama ada Jeck Seng pernah membangkitkannya ketika menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal sebelum ini.
“Pernah ke Tanjung Piai bangkitkan perkara ini (banjir di Kampung Ulu Pulai) sebelum ini, ketika menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal atau ini baru kali pertama,” katanya.
Jeck Seng yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, mengakui ia kali pertama dibangkitkan.
Belum sempat Rayer terus ‘menyerang’, Jeck Seng terlebih dulu bersuara dan memberitahu Kampung Ulu Pulai sebelum ini terletak dalam Parlimen Gelang Patah (kini dikenali Iskandar Puteri) yang diwakili Lim Kit Siang daripada DAP.
“Ini kali pertama saya ambil alih kawasan berkenaan. Saya bangkit untuk tuntut supaya kerajaan bertanggungjawab dan menjaga kawasan saya.
“Jika sebelum ini, Jelutong (Rayer) kena tanya apa Gelang Patah (Kit Siang) buat,” katanya sambil disambut sorakan wakil pembangkang lain.
Terdahulu, Jeck Seng meminta kerajaan segera mendalamkan Sungai Pulai dan melihat kembali jajaran pembentung serta saliran bagi mengelak banjir di Kampung Ulu Pulai berulang.
Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...