Ahad, 2 Jun 2019

PEMIMPIN YANG BODOH TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN POLITIK DAN AGAMA

SULTAN JOHOR DUKACITA dengan tindakan Ahli Parlimen Johor Bahru yang menjemput dan menyertai MAJLIS IFTAR MUHIBBAH DI GURDWARA SAHIB baru-baru ini.

AKMAL NASRULLAH MOHD NASIR didakwa tidak pernah merujuk pun kepada Majlis Agama Islam Johor dalam perkara itu.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata, walaupun majlis tersebut menerima bantahan masyarakat, ia tidak dapat lari daripada fakta bahawa waktu dan keadaan majlis itu diberi nama MAJLIS IBADAH BERBUKA PUASA.

Baginda bertitah, sungguhpun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, AKMAL TETAP INGKAR dan meneruskan majlis berkenaan atas dasar toleransi dan perpaduan antara agama.

“Walhal sebagai pemimpin, seharusnya beliau sedar, tahu dan faham untuk membezakan antara tindakan politik dan agama.

“Ini menunjukkan KETIDAKMATANGANNYA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN DAN AHLI POLITIK,” titah baginda yang mengulas tindakan Akmal menganjurkan majlis berbuka puasa di sebuah Gurdwara, di Johor Bahru pada 28 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan panjang, Sultan Johor bertitah, baginda sudah berulang kali melarang keras dan tidak membenarkan apa-apa aktiviti politik yang dijalankan MENGGUNAKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI MODAL POLITIK.

Tegas baginda, kesucian agama Islam tidak seharusnya dicemari dengan aktiviti-aktiviti ahli politik tanpa memikirkan implikasi dan kesan buruk secara keseluruhan terhadap agama Islam dan umat Islam.

“Ahli-ahli politik di negeri ini datang dan pergi tetapi kesan perbuatan negatif ini telah mengakibatkan luka yang dalam serta berpanjangan terhadap Bangsa Johor yang sukar diubati.

“Sedia dimaklumi bahawa penganut agama lain tidak boleh menyebarkan pegangan mereka kepada umat Islam.

“Namun apabila seorang Muslim secara sengaja menghadirkan diri ke kuil atas alasan untuk berbuka puasa dengan bukan Islam maka tindakan ini membuka ruang kepada golongan bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka kepada orang Islam,” tambah baginda lagi.

Perbuatan ini menjadi lebih serius implikasinya apabila pemimpin politik beragama Islam menghadirkan diri di kuil dan menggunakan platform Majlis Ibadah Berbuka Puasa di bawah bumbung Gurdwara Sikh, yang sekali gus akan menjadikan perbuatan pemimpin satu teladan dan ikutan.

Bersambung: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...