Translate

12/05/2019

MUJAHID GAGAL, WALAUPUN BEKERJA KERAS KATA AHLI AKADEMIK

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DR MUJAHID YUSOF RAWA MEMANG LAYAK DIKATAKAN GAGAL walaupun bekerja keras dalam tempoh setahun pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Ahli akademik, Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi berkata, ini kerana Mujahid "bekerja dengan cara berbeza dan GAGAL SAMPAI KEPADA ORANG RAMAI" yang dikelirukan pihak-pihak tertentu yang memiliki agenda.

"Masalah Melayu berkaitan agama. Masalahnya adalah mereka dikawal oleh pihak tertentu menggunakan naratif tertentu.

"Jika naratif itu tidak berubah, tiada apa yang akan berubah di negara ini," katanya dalam forum 'New Malaysia - Old Politics' di Wisma Methodist di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Tajudin berkata adalah tidak adil untuk menilai PH secara keseluruhan.

"Mereka lakukan terbaik dalam beberapa perkara tapi beberapa perkara lain berlaku di luar kawalan.

"Ada juga perkara yang tidak berubah. Sebagai contoh, DARI SEGI KESELAMATAN, SAYA TIDAK MELIHAT BANYAK PEMBAIKAN DARI PIHAK POLIS. Sebelum ini mereka menahan mereka dari pembangkang. Tapi sekarang, mereka menangkap mereka yang dari Barisan Nasional," katanya.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...