KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad
hari ini menjelaskan mengapa kerajaan meminta TUN DAIM ZAINUDDIN BERUNDING SEMULA dengan China untuk projek Laluan Keretapi Pantai
Timur (ECRL) DAN
BUKANNYA LIM GUAN ENG.
Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu
memilih seorang wakil yang boleh diterima negara lain, selain kebolehan
tertentu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi
berkata, pemilihan Daim berdasarkan KELAYAKAN
DAN KEUPAYAANNYA
untuk berunding dengan China.
“Kita
pilih berdasarkan kemampuan kerana kadang-kadang apabila kita berunding, kita
memerlukan seseorang yang boleh diterima oleh pihak lain.
“Kita juga mempunyai sekatan tertentu
dalam memilih orang itu untuk menjadi perunding kita. Sebab itulah kita memilih
orang lain (Daim), yang kami nilai sebagai orang yang mahir dan mampu berunding
dengan China.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri
Ismail Mohamed Said (Kuala Krau-BN) yang bertanya mengapa Guan Eng tidak
mengetuai rundingan semula projek ECRL dengan China.
Perjanjian dengan China akan
dimuktamadkan dan bakal diumumkan tidak lama lagi. – MalaysiaGazette