Translate

05/09/2018

KES LIM GUAN ENG: Penghinaan kepada SPRM

Tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas memohon menarik balik kes Lim Guan Eng di mahkamah sebagai PENGHINAAN KEPADA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DAN JABATAN PEGUAM NEGARA, LAPOR BERITA HARIAN.
Ismail berkata, tindakan itu adalah titik hitam kepada sistem perundangan negara biarpun Tommy mempunyai kuasa untuk meneruskan atau menarik balik sesebuah kes.
“Tidak dinafikan Tommy mempunyai kuasa terhadap sesuatu kes berdasarkan perlembagaan, namun ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa alasan yang munasabah.
“Tommy perlu menjelaskan kapada rakyat mengapa permohonan menarik balik kes itu dilakukan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera yakin sebagai badan bebas yang berintegriti tinggi, SPRM sudah menjalankan siasatan dengan telus dan profesional.
“Selepas siasatan selesai, barulah SPRM menyerahkan kertas siasat serta cadangan kepada pihak Jabatan Peguam Negara.
“Tommy pula akan meneliti dan mengkaji kertas siasatan. Jika didapati ada ‘prima facie’ kes maka barulah beliau menyediakan kertas pertuduhan dan seterusnya membuat pertuduhan di mahkamah,” katanya.
Katanya, ini bermakna sebelum Guan Eng dihadapkan ke mahkamah, beliau melalui prosedur yang sangat ketat dan lengkap, lebih-lebih lagi kes berkenaan sudah pun bermula dan sedang berjalan.
“SANGAT MENGHAIRANKAN MENGAPA TOMMY MEMOHON KEPADA MAHKAMAH UNTUK MENARIK BALIK KES INI, LEBIH-LEBIH LAGI KES ITU SUDAH BERJALAN DENGAN 25 SAKSI YANG DIPANGGIL.
“Penarikan balik kes ini MEMBERI IMPLIKASI YANG BESAR KEPADA SPRM yang seolah-olah Tommy tidak mempercayai siasatan SPRM sedangkan badan itulah yang mengetahui kes itu secara terperinci.
“Jadi, tidak hairanlah mengapa pihak SPRM JUGA TERKEJUT DENGAN TINDAKAN TOMMY,” katanya.
Katanya lagi, rakyat lebih terkejut kerana sebelum ini Tommy adalah peguam di dalam kes Guan Eng.
“Maka, wujud conflict of interest dalam kes ini apabila tindakan memohon menarik balik kes itu dilakukan.
Tindakan Tommy juga amat membimbangkan kerana beberapa kes yang membabitkan pemimpin Pakatan Harapan juga digugurkan sebelum ini,” katanya.
Jelasnya lagi, pihak kerajaan mesti mengambil tindakan memecat Tommy sekiranya terdapat elemen penyalahguna kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan bagi kepentingan politik individu.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...