PUTRAJAYA,
28 Ogos (Bernama) -- Seorang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan bergelar "DATUK"
DAN ENAM PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) di Jabatan Perdana Menteri (JPM)
direman selama lima hari bagi membantu siasatan KES PENYELEWENGAN DANA
PILIHAN RAYA UMUM KE-14 (PRU14).
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman itu yang bermula hari ini hingga Sabtu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.
Terdahulu, kesemua suspek tiba di mahkamah pada 9.05 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.
Menurut sumber SPRM, kesemua lelaki berusia 34 hingga 49 tahun itu ditahan SPRM antara 11.30 pagi dan 10 malam semalam.
Katanya ENAM PTD itu ditahan di JPM manakala “Datuk” tersebut ditahan di ibu pejabat SPRM di sini ketika hadir memberi keterangan.
Bagaimanapun menurutnya jumlah sebenar dana yang diselewengkan belum dapat dipastikan.
Kesemua suspek disiasat menurut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.
-- BERNAMA.