Ahad, 7 Januari 2018

MASIH TAK SEDAR DIRI LAGI ???

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kisah sekiranya beliau hanya akan menjadi PERDANA MENTERI SEMENTARA SEBELUM PADAM dan digantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik saja Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu dibebaskan kelak.

Tanpa menjawab secara langsung, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata beliau sudah TERLALU BERUSIA DAN TIDAK AKAN MEMEGANG JAWATAN ITU UNTUK TEMPOH LAMA.

"Prosesnya berlaku dan itu terpulang kepada parti untuk tentukan. 

"Ia boleh jadi apa saja (satu penggal atau sementara). Saya sudah 92 TAHUN. SAYA TAKKAN LAMA," katanya ketika sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung di IDCC sebentar tadi.

Ketika ditanya sama ada beliau 'ok' dengan perkara itu, Dr Mahathir hanya menjawab: "Saya ok".


PH hari ini mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri "sementara" jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya. 

Menerusi muafakat PH yang ditandatangani pimpinan tertinggi gabungan itu, Anwar pula akan hanya dilantik sebagai perdana menteri menggantikan Dr Mahathir apabila gabungan itu mengusahakan pembebasan beliau.

Anwar dijangka dibebaskan dari penjara pada 8 Jun depan, selepas menjalani hukuman lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai isu moral membabitkan Anwar yang akan dilantik sebagai perdana menteri ke-8, Pengerusi PPBM itu berkata, keutamaannya adalah menjatuhkan Datuk Seri Najib berbanding tentangannya sebelum ini terhadap bekas timbalannya yang terpalit dengan kontroversi kes khalwat.

"Itu sejarah, yang utama sekarang ni nak bagi jatuh Umno dan Datuk Seri Najib. Takkan hanya kerana itu kita nak bagi pada Najib," kata beliau.

Dr Mahathir juga ketika ditanya sekiranya pencalonannya itu mengundang tentangan golongan pro-Anwar, hanya menjawab, rundingan akan diusahakan jika perkara seumpama itu wujud.

"Dia bantah kita 'deal' la," katanya ringkas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...