Translate

01/12/2017

MAHATHIR DAN KRONI CACING KEPANASAN

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengetuai siasatan berhubung KES PECAH AMANAH DAN PENIPUAN mengenai kes kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Diraja (RCI) yang ditubuhkan berhubung kerugian itu telah mengesyorkan siasatan dijalankan mengikut undang-undang.

“Biarpun suruhanjaya tersebut tidak mempunyai kuasa perundangan, tetapi dapatan kajian ini telah mengesyorkan agar siasatan mengikut perundangan dilakukan.

“Mereka mencadangkan beberapa personaliti dalam laporan itu supaya dilakukan siasatan mengikut undang-undang kanun jenayah atau undang-undang lain berkaitan,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Karnival Planet Ummah dan melancarkan aplikasi Imarah Tiga Masjid Utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Putra di sini hari ini.


Semalam, Setiausaha suruhanjaya berkenaan DATUK DR YUSOF ISMAIL MEMBUAT LAPORAN POLIS berdasarkan syor dan rumusan RCI mengenai kemungkinan BERLAKU PECAH AMANAH DAN PENIPUAN DALAM SKANDAL BERKENAAN.

Yusof dilaporkan berkata laporan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan oleh pihak yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya tersebut.

LAPORAN SETEBAL 400 MUKA SURAT itu dibentangkan di Parlimen semalam.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...