Selasa, 5 Disember 2017

DAP TAK SETUJU PERLANTIKAN MADEY DAN JIJAH KIPAS

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir MENYELAR PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN (PH) yang bertindak sebagai 'sumber' dan mendedahkan kepada media mengenai cadangan melantik TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI bagi gabungan itu.

Mohd Anuar berkata, pemimpin yang berkenaan tidak wajar melangkaui pemimpin atasan dengan memberi kenyataan apatah lagi melibatkan perkara penting dan besar. 

"Tak ada lagi (pemberitahuan mengenai cadangan). Jadi saya tak tahu apa tujuan orang-orang ini pergi kepada media sedangkan belum ada keputusan muktamad. Susahlah. Ini semua nak bagi bergaduh saja.

"Belum dibawa ke Majlis Presiden pun lagi, malah belum dibawa ke peringkat parti masing-masing lagi. Tak berani saya komen," katanya kepada Antarapos.

Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata beliau sendiri enggan mendahului Presidennya, Mohamad Sabu, meskipun dirinya turut menghadiri pemukiman pemimpin kanan PH selama dua hari di Putrajaya, majlis di mana cadangan itu dibuat.


Beliau berpendapat, cadangan itu perlu dibawa ke Majlis Presiden PH terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan keempat-empat parti komponen.

"Apa-apa pun kena pimpinan utama yang menyatakan perkara besar dan penting," katanya lagi. 

Terdahulu media melaporkan gabungan yang terdiri daripada empat parti itu secara rasminya mencadangkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri, manakala Wan Azizah  sebagai timbalannya.

Cadangan itu dilakukan ketika pemimpin kanan PH mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya mulai Jumaat lalu. 

Bagaimanapun, cadangan itu telah mendapat bantahan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang berpendapat, perkara yang penting seperti itu sepatutnya tidak dibuat segelintir pihak dan menyarankan ia dibincangkan dengan lebih lanjut di peringkat parti gabungan lain, katanya dipetik mStar.

Pemilihan kedua-dua pemimpin itu dikatakan dipersetujui lima pemimpin tertinggi PH, iaitu Dr Mahathir dan Wan Azizah sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamed Sabu.

Bagaimanapun, Wan Azizah berkata, beliau perlu membincangkan perkara itu dengan kepimpinan PKR.

Mesyuarat mingguan biro politik PKR dijangka diadakan pada esok.

Sementara itu, ahli Biro Politik PKR Datuk Johari Abdul yang dipetik Malaysiakini pula mengesahkan, cadangan itu hanya menunggu kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PH.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...