Translate

21/12/2017

DAH NYANYOK SERTA TIADA PENDIRIAN !!!!

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan serangan yang ‘tidak kena pada tempatnya’ apabila menempelak bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara berjumlah RM31.5 billion

Salleh berkata, mantan perdana menteri itu sepatutnya 'menyerang' Penasihat DAP Lim Kit Siang, susulan pemimpin veteran DAP itu yang mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian itu.

“Murad hanya memberi keterangan dalam pendengaran RCI  berhubung kerugian sebenar forex, yang mendedahkan bahawa jumlahnya adalah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion.

"Bagaimanapun, Kit Siang lah, yang selama 20 tahun, mendesak supaya ditubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga forex Bank Negara,” demikan menurut Salleh menerusi catatan terkini dalam blog sskeruak.blogspot.my hari ini.

Semalam, Dr Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Murad, dengan mendakwa bekas penolong gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memilih untuk berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.

Salleh menyimpulkan bahawa Dr Mahathir kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.

TAHAP KEPURA-PURAAN yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada mencari kebenaran.

“Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?” tanya beliau.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...