Rabu, 22 November 2017

SPRM: BAJA DISELEWENG DIJUAL MURAH

TAHNIAH: SPRM PERLU MEMPERLUASKAN SIASATAN SERTA TINDAKAN DISELURUH NEGARA.

PUTRAJAYA - Baja-baja yang diseleweng daripada Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) didapati dijual jauh lebih murah oleh suspek berbanding dengan harga pasaran biasa.

Menurut sumber, baja-baja yang diseleweng tersebut digunakan suspek bagi membaja sawah padi yang diusahakannya secara pajak seluas 55 ekar.  

Selain itu suspek juga menjual baja berkenaan dengan harga semurah RM10 kepada orang tengah sebelum dijual kepada petani dengan harga lebih tinggi. 

"Keuntungan yang dikaut tersebut telah mendatangkan keuntungan kepada orang tengah memandangkan baja berkualiti tinggi itu mempunyai permintaan tinggi dan dapat dijual dengan harga antara RM40 hingga RM60 di pasaran.


"Penyelewengan tersebut bukan sahaja merugikan kerajaan malah merugikan para petani yang sepatutnya mendapat menafaat skim baja tersebut," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan, Datuk Simi Abdul Ghani berkata, SPRM memandang serius berhubung isu penyelewengan ini kerana bantuan kerajaan tidak sampai kepada kumpulan sasar.

Tambah beliau, SPRM tidak menolak kemungkinan akan membuat tangkapan baharu beberapa orang lagi berhubung kes ini.

Semalam, SPRM telah menangkap seorang Pengurus Projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Melaka kerana dipercayai menyeleweng SBPKP berjumlah kira-kira RM2.54 juta sejak awal tahun lalu.

Suspek lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pada jam 3.00 petang di Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Melaka dan telah direman selama enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...