Khamis, 28 September 2017

SAHAM TNB & TELEKOM DIJUAL SENYAP-SENYAP SELEPAS BANK NEGARA ‘KALAH JUDI’ OLEH MAHATHIR

Kerajaan pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat keputusan untuk menjual saham Telekom Nasional Bhd (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi menampung kemerosotan rizab Bank Negara Malaysia (BNM) akibat kerugian dagangan mata wang asing (forex) era 1990-an.
Perkara tersebut didedahkan oleh bekas Timbalan Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Othman Jusoh kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Ujarnya, keputusan untuk menjual saham TNB dan TM dilakukan di dalam mesyuarat pada November 1994 dihadiri sendiri oleh bekas Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Clifford Herbert, bekas Timbalan Gabenor BNM serta Ketua Audit Negara.
Beliau walau bagaimanapun tidak ingat individu lain yang hadir dalam mesyuarat  berkenaan.
Katanya, penjualan saham berkenaan bagi menampung RIZAB BNM YANG MENGALAMI KERUGIAN RM8.5 BILION.
“Penjualan saham milik kerajaan dilakukan secara ‘senyap-senyap’ melalui Rashid  Hussein Sdn Bhd. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk kerajaan ‘membantu’ BNM berhubung kerugian  yang dialami BNM dengan cara memindahkan saham-saham milik kerajaan dalam syarikat tertentu kepada BNM,” kata Othman yang merupakan saksi ke-22 dipanggil  untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat kerugian forex BNM.


Bekas Penasihat Bank Negara Malaysia (BNM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan bahawa Dr Mahathir perlu dipertanggungjawabkan kerana menjadikan Bank Negara sebagai sebuah kasino dengan memperjudikan wang negara bermain spekulasi mata wang asing.
Menurut keterangan bekas Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dagangan forex BNM bermula tahun 1988 sehingga 1994 – melalui dua Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dalam keterangannya kepada panel RCI sebelum ini kekal dengan jawapan yang diberikan sewaktu menggalas jawatan Menteri Kewangan bahawa kerugian BNM cuma RM5.7 bilion.
Walau bagaimanapun, keterangan Anwar bercanggah dengan siri ceramahnya selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri bahawa kerugian BNM mencecah RM30 bilion.

Daim dalam pada itu bercakap kepada RCI bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai kerugian BNM pada 1988 dan 1989.
“Saya tidak tahu mengenai kerugian berjumlah RM772.3 juta pada tahun 1988 dan RM2.259 billion pada tahun 1989 yang dialami oleh BNM akibat urusniaga Forex.”
Daim menjelaskan dia juga tidak tahu sama ada terdapat sebarang perubahan dalam polisi BNM berhubung urusniaga Forex mulai 1988.
“Saya tak tahu siapa yang bertanggungjawab melaksanakan urusniaga Forex di BNM pada 1984 hingga 1991, ” katanya.
Tambahnya lagi, Gabenor BNM pada waktu dagangan itu berlangsung, Tan Sri Jaffar Hussein tidak pernah mengadakan perbincangan dengannya berhubung kerugian yang dialami bank pusat berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...