Ahad, 24 September 2017

MAHATHIR SEMAKIN TERTEKAN ???

PPBM terus dilanda kemelut apabila Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa hari ini.
Setiausaha Agung, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dalam satu kenyataan berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi MPT (MPT) parti bersetuju menerima keputusan berkenaan.
“PPBM menghormati keputusan beliau dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan.


Ini adalah pengumuman keluar parti ke-2 buat PPBM hari ini, selepas seorang daripada 7 pengasas PPBM, Anina Saadudin turut berbuat demikian petang tadi.
Anina keluar parti kerana terlalu kecewa dengan pucuk pimpinan PPBM yang didakwa menggunakan cara “kejam” memecat beliau daripada jawatan ketua Wanita PPBM.

Ia disusuli dengan tindakan menyingkirkan beliau sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dengan “menendangnya” daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti itu, minggu lalu.

Khamis lalu, Hamidah menggesa semua pihak berhenti mengaitkan dirinya dengan kenyataan bersifat perkauman yang dibuat adiknya kerana ia boleh menjatuhkan kredibilitinya.
Beliau berkata, peringatan supaya penyokong pembangkang tidak memuji dan membiarkan orang Cina memijak orang Melayu dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, ialah pandangan peribadi Hamizura.
“Hamizura ahli biasa, memang dia adik saya, pandangan dia tidak perlu dikaitkan dengan saya. Jika Hamizura lakukan kesilapan, kesalahan itu dituding kepadanya sahaja.
“Apabila mereka mengaitkan tindakan Hamizura dengan saya, sedangkan saya tidak nyatakan apa-apa, maka tindakan itu menjatuhkan kredibiliti saya,” katanya kepada FMT hari ini.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...