Sabtu, 23 September 2017

KATA-KATA ORANG TUA NYANYOK

“Buat Apa Bubuh Bawah Bantal, KWSP Perlu Banyak Melabur Di Luar Negara,” Kata Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dasar membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meneroka pelaburan di luar negara telah lama wujud sejak beliau memimpin kerajaan lagi.
Katanya, apabila membuat pelaburan di luar negara ia akan membolehkan KWSP menambah pendapatan dan para pencarumnya pula mendapat pulangan dividen yang tinggi.
Baca Juga: Hasil Lawatan Ke Amerika Syarikat
Baca Juga: Dakwaan Pelaburan KWSP Hanya Untungkan Amerika Syarikat Tidak Benar
“Kalau disimpan di sini umpamanya dalam Bank Negara Malaysia, kalau wang itu tidak digunakan, bank tersebut sudah tentu tidak dapat membayar faedah ke atas simpanan tetap itu.
“Jadi dengan wang yang begitu banyak, saya fikir KWSP harus melabur ke luar negara untuk menambahkan pendapatannya,” katanya dipetik dari kenyataan kepada Utusan Malaysia bertarikh 26 April 2005.

Kenyataan beliau itu kini viral di media sosial susulan kritikan pemimpin dan penyokong pembangkang yang mempertikaikan langkah KWSP menambah pelaburan di Amerika Syarikat.
“Saya setuju (labur luar negara) sebab ia adalah dasar lama, dulu pun kerajaan memberikan kebenaran,” katanya.
Menurut beliau, KWSP tidak akan mendapat pulangan tinggi sekiranya dengan wang yang begitu banyak tidak dilaburkan sedangkan para pencarum menyimpan dalam KWSP untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen setiap tahun.
Baca Juga: Apa Yang Salah PM Tonjolkan Malaysia Juga Telah Melabur & Membeli Daripada Amerika Syarikat?
Baca Juga: Ini Yang Dimaksudkan Najib Tentang Khazanah Melabur Di Amerika Ketika Bertemu Trump
“Hendak buat apa kalau bubuh bawah bantal, kita tidak boleh bayar faedah, jadi kenalah labur,” ujarnya.
Ujarnya lagi, kepelbagaian pelaburan KWSP di dalam dan di luar adalah penting kerana ia boleh memecahkan risiko sekiranya negara menghadapi masalah kemerosotan ekonomi.
“Kalau kemerosotan dalam negara, yang luar boleh membantu dan begitu juga jika di luar merosot yang dalam boleh membantu,” katanya dipetik dari kenyataan tersebut.
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...