SIK, 20 Julai
(Bernama) -- DAP disifatkan sebagai sebuah parti
yang sombong dan angkuh berikutan keengganan mereka mengakui kesilapan sebaliknya menyalahkan
pihak lain kononnya mahu menjatuhkan parti itu menjelang pilihan raya umum akan
datang, kata seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Menteri Pendidikan
Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesombongan DAP terserlah selepas enggan
mengakui kesalahan untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi
Pusat (CEC) parti itu yang baharu.
"DAP ini daripada dahulu angkuh dan sombong. Dalam Parlimen dan berceramah pun tetap kata mereka yang betul. Orang lain semua tak betul dan dia seorang sahaja yang betul.
"DAP ini daripada dahulu angkuh dan sombong. Dalam Parlimen dan berceramah pun tetap kata mereka yang betul. Orang lain semua tak betul dan dia seorang sahaja yang betul.
Bila Jabatan
Pendaftar Pertubuhan (RoS) minta buat semula pemilihan CEC, mereka tetap tidak
mahu terima arahan itu. Semua mahu kata mereka betul," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri
UMNO Bahagian Sik di sini, hari ini.
Semalam, Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng berkata parti itu memutuskan untuk menangguhkan
pemilihan semula CEC itu kerana mahu mendapatkan penjelasan RoS yang
menyifatkan jabatan itu bertindak atas "berita palsu" semata-mata.
Bagaimanapun, Ketua
Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata jabatan itu tetap dengan
keputusannya mengarahkan DAP supaya mengadakan pemilihan semula CEC itu.
Mahdzir berkata dalam
sejarah UMNO sendiri, parti itu pernah diharamkan oleh RoS namun UMNO akur
dengan keputusan tersebut.
"RoS tidak akan
bertindak jika tidak mempunyai bukti kukuh dan apa susahnya DAP untuk mengikut
arahan tersebut. Buatlah mesyuarat semula dan selesailah masalah itu,"
katanya.
Beliau juga turut
menyelar tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini yang
menuduh tindakan RoS itu ada kaitan dengan pilihan raya yang semakin hampir.
"Takkan semua
nak kait dengan pilihan raya. Saya tak fikir tindakan RoS itu kononnya
berkaitan pilihan raya. Ini soal peraturan dan undang-undang dan RoS ada hak
untuk buat sebarang keputusan," katanya.
-- BERNAMA
-- BERNAMA