Translate

13/04/2017

DAP INGIN MEMERINTAH MALAYSIA DENGAN DESAKAN PAP???

PAP. "Dulu Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar dari Malaysia, PAP tukar jadi DAP. "Jadi, DAP ini anak butir tahi PAP.
(Saya) Sebut dengan bahasa yang kasar sedikit," katanya ketika berucap di ceramah perdana 'Sempena Kejayaan Pembentangan RUU 355' di Marang, Terengganu malam tadi.

Ceramah berdurasi hampir 35 minit itu disiarkan oleh Terengganu Kini yang dimuatnaik di laman Youtube hari ini. Dalam pada itu, Abdul Hadi turut membidas DAP yang mempertikaikan kerjasama PAS dengan UMNO sedangkan parti itu sendiri pernah berunding dengan pihak luar seperti Amerika Syarikat.


Selain itu, katanya, jika kerajaan Pulau Pinang boleh berunding dengan kerajaan Persekutuan mengenai jambatan Pulau Pinang atau projek di negeri itu, tiada sebab mengapa PAS tidak boleh berunding dengan UMNO untuk melaksanakan syariat Islam.

"Kita boleh berunding dengan UMNO, sesiapa saja untuk melaksanakan syariat Islam. Sedangkan dia dengan Amerika (Syarikat) pun berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding. "(Mereka) berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia.

Kita tak sampai ke tahap itu nak suruh negara asing campur tangan negara kita. "Kita berunding dengan UMNO saja, sama-sama Melayu, Islam. Salah? Mereka berunding dengan Amerika tak apa? Dia berunding dengan Amerika tak apa, berunding dengan negara asing tak apa, bincang mengenai politik Malaysia.

"Politik Malaysia biar orang Malaysialah yang buat perubahan. Tak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari. "Biar saya dedah di sini, kalau ada pemberita, siar, biar orang tahu," katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...