Ahad, 2 Oktober 2016

TUN MATAHIR TETAP MUSUH PAS ???

PAS mendedahkan kelicikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu cuba memecahbelahkan kerjasama diantara PAS dan Semangat 46 (S46) pada tahun 1990.
Ketua Pusat Penyelidikan PAS, Mohd. Fadli Ghani berkata, Mahathir pada waktu itu mendakwa memiliki pita rakaman ucapan Presiden S46, Tengku Raza­leigh Hamzah yang merancang untuk ‘membunuh’ PAS.

“Selepas membuat dakwaan itu, pada 4 Oktober 1990, Mahathir mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat diikuti penamaan calon pada 11 Oktober 1990 dan pengundian pada 21 Oktober 1990.
“Namun, strategi itu tidak berkesan apabila Yang Dipertua PAS Pusat pada 22 September 1990 mendakwa kenyataan itu satu fitnah yang diada-adakan untuk memecahbelahkan kerjasama PAS-S46,” katanya dalam satu artikel bertajuk Hari Ini Dalam Sejarah PAS semalam.
Mohd. Fadli berkata, Tengku Razaleigh mencabar Mahathir pada 26 September 1990 supaya menunjukkan bukti pita tersebut tetapi Mahathir tidak berbuat demikian hingga hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...