Translate

28/07/2016

SPRM KANTOI!!! GANI PATAIL ARAH SPRM BERI MAKLUMAT BERBEZA KEPADA FBI?

Hari ini Pemuda Umno melalui Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Khairul membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Ada banyak kritikan kepada beliau berhubung laporan itu. Ada yang berkata mengapa perlu mencipta musuh baru. Walau apapun kritikan kepadanya kita harus bersetuju beberapa perkara mengenai laporan itu. Sebagai Mantan Ketua Jabatan 3 individu yang dilapor mempunyai kuasa dan akses kepada dokumen tertentu.

Ini bukan kali pertama pegawai SPRM mendatangkan kecurigaan. Kes kebocoran dokumen Siasatan IMDB tahun lalu sehingga kepada tangkapan PDRM dan pemindahan Datuk Bahri Mohd Zin (Pengarah Operasi Khas SPRM) dengan beberapa pegawai SPRM pun masih tidak selesai. Sekadar ditutup untuk meredakan keadaan. Begitu juga tindak tanduk Shukri Abdull ( TKP SPRM) yang mencurigakan.


21 Julai Jabatan Kehakiman AS ( DOJ) memfailkan saman sivil kepada individu yang dikaitkan dengan IMDB. Lorreta Lynch Peguam Negara AS dan FBI memainkan peranan dalam kenyataan media itu, malah memuji kerjasama SPRM kerana membantu mereka. SPRM mungkin terperangkap dalam pujian itu maka 22 Julai SPRM mengesahkan mereka bekerjasama dengan FBI selama ini.

Di sinilah persoalan besar muncul dari pengakuan SPRM. Keraguan baru yang perlu jawapan. Jika SPRM memberi kerjasama kepada FBI mengapa dana derma RM2.6b yang SPRM sahkan ogos 2015 masih menjadi tanda tanya FBI dan disebut dalam butiran Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS itu? 

Apa dokumen yang SPRM beri kepada FBI selama ini? Benarkah seorang peniaga sahaja? Apakah dokumen itu di luluskan oleh Gani Patail selaku Peguam Negara ketika itu? atau Dokumen itu tidak dimaklum kepada Tan Sri Mohamad Apandi Peguam Negara baru? SPRM berkongsi segala-galanya dengan Peguam Negara baru?

Bukankah SPRM telah bertemu penderma Arab dan ia dinyatakan dalam kenyataan media SPRM ogos 2015 itu ( 3 dan 5 Ogos). Sepatutnya Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey berbangga dengan SPRM dan berpuas hati dengan keejasama maklumat bahawa RM2.6b bukanlah masalah tetapi diperakukan derma.

Percanggahan maklumat SPRM dan FBI menunjukkan ada sesuatu yang berlaku. Oleh yang demikian laporan Khairul Azwanitu sangat berasas dan wajar.Jika tidak dilapor keraguan ini siapa lagi yang akan lakukan? Ketiga-tiga Tan Sri yang mengetuai jabatan wajar disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

IGP perlu membuka semula kertas siasatan yang ditutup berhubung pegawai SPRM kaki bocor ini. Begitu juga Bank Negara dan pegawai-pegawai di Pejabat Peguam Negara. Pegawai khianat harus disingkirkan.

Adalah jelas pengakuan SPRM dengan kerjasama FBI telah memerangkap kerja-kerja pegawai SPRM di belakang tabir ini. Kenyataan mereka bercanggah dengan kertas DOJ yang disiasat FBI. Siasatan kepada Tan Sri Abu Kassim, Zeti dan Gani Patail tidak semestinya menjadikan mereka salah tetapi sebagai Mantan Ketua Jabatan mereka wajar disiasat jika mungkin terdapat pegawai-pegawai mereka yang khianat!

Captain M
27 Julai 2016

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...