Translate

20/06/2016

MAHATHIR SALAHKAN HUJAN PUNCA KEKALAHAN PRK SG BESAR

SUNGAI BESAR: Usaha bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan kempen bersama pembangkang selepas solat Jumaat tadi terbantut kerana hujan

Hujan lebat pada sebelah petang memaksa Dr Mahathir membatalkan program tinjauan mesra di sekitar Sungai Besar seperti bazar Ramadan di Sungai Haji Dorani. Sebelum itu, Dr Mahathir yang berkongsi pentas dengan pemimpin pembangkang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengadakan ceramah di Tali Air 8, Sekinchan pada jam 10.30 pagi. 

Ini adalah kali kedua Dr Mahathir turun ke Sungai Besar membantu kempen pembangkang dengan kali pertama pada Sabtu lalu. Beliau juga secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur ketika berceramah di Sekinchan Sabtu lalu.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...