Khamis, 26 Mei 2016

Rafizi Lebih Handal Dari Mahathir Kalau Langkah Kajang 2 Berjaya

Tanpa sedar, Rafizi sedang meletak dirinya hampir setaraf dengan Mahathir dari segi menukar pemimpin sedia ada apabila Langkah Kajangnya sebelum ini berjaya memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Cuma keputusan akhir Langkah Kajang yang digerakkan Rafizi, tidak menjadi seperti yang diharapkan bila Wan Azizah tidak berjaya menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, sebaliknya Azmin Ali pulak yang tak pasal merasa.

Apa pun kira dahsyatlah Rafizi tu - budak yang dikira mentah berbanding Mahathir yang dikaitkan dengan perletakkan jawatan 3 Perdana Menteri dari 6 yang kita pernah/masih ada.


Sekarang Rafizi dikatakan berusaha nak gantikan Azmin melalui Langkah Kajang 2 - melalui pendedahan mengenai penyelewengan dan kaitannya dengan rasuah wang dan perempuan dalam kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Azmin.

Sementara Mahathir pula sedang berusaha keras nak menjatuhkan Najib Razak melalui Deklarasi Rakyat dengan 'berjuta' tandatangan (palsu) setelah menipu rakyat konon wujud 'skandal' 1MDB dan isu berkaitan derma RM 2.6 billion tidak menjadi.

Kita nak lihat, antara 2 gerakan ini, yang mana satu akan berjaya menyingkirkan sasaran masing-masing. Kalau Najib masih di pejabatnya sementara Azmin diturunkan, itu bermaksud Rafizi si budak mentah ini lebih berakal dari Mahathir yang kononnya bertaraf The Giant Killer.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...