Khamis, 28 April 2016

Penafian Mukhriz Macam Pelacur Mengaku Anak Dara

Kata Mukhriz kepada sebuah media antarabangsa beberapa hari yang lepas, dia tidak ada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Kita percaya, kenyataan ini dibuat untuk menafikan persepsi ramai bahawa bapanya Mahathir menentang Datuk Sri Najib kerana nak menjadikan dia sebagai Perdana Menteri.

Apa bodoh penjelasan macam itu? Kalau Mukhriz tidak berminat nak jadi Perdana Menteri, kenapa dia bertanding jawatan Naib Presiden tahun 2013 dulu? Kalau dia tidak berminat nak jadi Perdana Menteri kenapa dia bersekongkol dengan Muhyiddin untuk menumbangkan Perdana Menteri?

Niat Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib bukan rahsia, dia dah dedah semua dah.


Logiknya lagi, kenapa Mahathir bersusah payah mencipta fitnah untuk memburukkan imej Najib kalau bukan untuk sesuatu yang bersifat peribadi, iaitu meletakkan Mukhriz pada posisi untuk menjadi Perdana Menteri sebagai menyambung legasinya?

Semua yang Mahathir perkatakan tentang Najib setakat ini adalah fitnah semata-mata, rakyat tahu. Dari dakwaan konon RM 42 billion hilang sehingga kepada derma politik RM 2.6 billion yang mengambil dari duit 1MDB, semua ini membuktikan Mahathir menipu.

Untuk apa Mahathir menipu pada skal ini, suka-suka ke? Sudah tentu tidak. Menjatuhkan Najib, menaikkan Muhyiddin dan meletakkan Mukhriz pada posisi yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri, itulah yang sebenarnya.

Nak nafikan buat apa lagi?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...