Translate

30/04/2016

Ambik Kau > 'Keluar Mulut Harimau, Masuk Mulut Buaya'.

TINDAKAN ORANG KECEWA....

SHAH ALAM: Bekas ahli DAP, Zulkifli Mohd. Noor menyifatkan tindakan bekas anggota Tentera Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang kini menyertai DAP, tidak ubah seperti 'keluar mulut harimau, masuk mulut buaya'.

Jelasnya, tidak kira parti mana sekalipun yang disertai oleh Zaidi, beliau akan tetap menjadi alat kepada pembangkang terutamanya DAP dalam meraih undi kaum Melayu.

"Kalau Mejar Zaidi ingat dia masuk DAP ataupun PAN dan PKR tidak ada bezanya. Orang Melayu masuk DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) hanya tumpangan dan diperalatkan sebagai 'wallpaper' sahaja. 


"DAP tidak boleh berkawan dengan sesiapa, parti yang kita tahu chauvinis, rasis, kapitalis semuanya ada pada dia. Dalam Barisan Altenatif, dalam Pakatan Rakyat semuanya gagal," katanya kepada Antarapos.

Zaidi sebelum ini menyertai PAS, kemudian menyertai Parti Amanah Negara (PAN) tahun lalu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti Islam itu.

Kemasukan Zaidi ke dalam parti yang didominasi kaum Cina itu diumumkan Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow di Pulau Pinang hari ini.

Bekas anggota tentera itu mula mendapat perhatian selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013.

Malah Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) itu turut menyifatkan DAP mahupun PAN hanya memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin tertentu dan lari daripada agenda sebenar.

"Orang Melayu macam saya sudah berada dalam DAP lama, saya ingat ia perjuangan yang betul bila kita kata DAP adalah demokratik, rupanya bila ambil alih sesebuah kerajaan negeri atau berkuasa sahaja, dia bukan parti yang demokratik. 

"Dia bertentangan dengan perjuangan asal, inilah masalahnya orang Melayu tidak sedar. Saya sedar bahawa bila berkuasa, 'ikan haruan sudah jadi ikan keli'," katanya.

Beliau juga tidak menolak perjuangan Zaidi kepada parti itu tidak akan membawa kebaikan kepada orang Melayu.  

"Kalau (Mejar Zaidi) yang baru nak berjinak-jinak dengan politik maka dia akan terumbang ambing di arena ini dan diperalatkan oleh pemimpin (DAP) yang tidak ikhlas dan memperalatkan dia," kata Zulkifli lagi.

Zaidi dalam kenyataannya berkata DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya dalam memecahkan persepsi anti Melayu yang dihadapi DAP buat masa ini.

Sumber: KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...