Translate

20/03/2016

Mahathir juga Melayu yang mudah lupa, Bak kata rumah kata pergi kubor kata mari ?

Mahathir Tiada Locus Standi Campuri Urusan Umno
"Saya kira beliau (Dr Mahathir) tak ada locus standi untuk membuat apa-apa cadangan kepada ahli cawangan kerana beliau tak menjadi ahli Umno dan tidak menjadi ahli Umno adalah pilihan beliau sendiri. 
"Saya kira elok jika beliau tidak mencampuri urusan parti yang beliau sudah tidak anggotai,"

Tun Dr Mahathir Mohamad memang amat arif soal budaya berfikir dan falsafah orang Melayu. Sebab itu beliau berani merumuskan bahawa Melayu memang mudah lupa.


Baginya budaya dan pemikiran orang Melayu banyak dizahirkan menerusi pepatah, pantun dan adat resam serta ledakan emosi. Beliau memanfaatkan falsafah ini untuk membuat keputusan dan menyusun langkah politiknya. 

Misalnya, apabila ditanya pada 2003 mengapa mahu bersara, Tun Mahathir menggunakan bidalan yang selalu disebut bondanya: “berhentilah ketika tengah sedap makan”.

Kebijaksanaan bondanya memang terserlah dan ini banyak bersandar pada pesan Rasulullah s.a.w. “berhentilah makan sebelum kenyang”. 

Mahathir menukil pesan bondanya untuk menyampaikan pesan politik  bahawasanya beliau meninggalkan kedudukan, kuasa dan pengaruh ketika berada dalam keadaan cukup mampu untuk terus “makan” (baca: berkuasa).

Bagaimanapun apabila menyedari bahawa pengaruhnya mula digerhanakan oleh mereka yang “ditauliahkan” untuk “makan” daripada legasinya, maka beliau segera bertindak – bersandarkan budaya pemikiran Melayu jua.

“Sayang anak-anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan” menjadi sumber tindakan politik Mahathir apabila mendapati penggantinya, tidak menelusuri jalan politik yang telah diasaskannya.

Ini jelas dalam strateginya meninggalkan Umno kerana kecewa Tun Abdullah Badawi tidak “makan nasihatnya” dalam mentadbir negara. Beliau mempengaruhi isterinya, Tun Dr Hasmah Ali untuk turut keluar Umno.

Minggu ini Mahathir sekali lagi menzahirkan pepatah “sayangkan isteri tinggal-tinggalkan” dan mengisytiharkan keluar dari Umno bersama Tun Hasmah apabila presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak juga tidak “makan nasihatnya”.

Psikologi di sebalik konsep “rajuk” sang suami supaya “tinggal-tinggalkan isteri” jika ada yang tidak kena dalam hubungan perkahwinan memang mempunyai konotasi romantik dalam sistem politik Melayu. 

Ini kerana seperti dalam kes rajuknya terhadap Tun Abdullah, matlamatnya  untuk membangkitkan rasa rindu bukan dalam nubari politik Tun Abdullah tetapi khalayak rakyat yang dahagakan penyelesaian “rajuk” yang  tuntas. 

Mahathir menagih simpati rakyat ketika itu. Beliau perlu “tinggal-tinggalkan” Umno kerana Tun Abdullah mahu memandu Umno “di jalan kehancuran” menjelang pilihanraya ke-11 pada tahun 2008 lalu. 

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...