Translate

10/02/2016

Sebuah Lamborghini atau duit tidak bermakna apa-apa.

KUALA LUMPUR 9 Feb.Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan rasa rindu dan sayang terhadap adindanya, Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang mangkat, Disember tahun lalu.

Menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail mengakui di sebalik kebahagiaan dan kemegahan, terdapat kesedihan yang perlu keluarga diraja itu lalui setiap hari tanpa Tunku Abdul Jalil.

Beliau mengakui amat sukar untuk dirinya menerima hakikat bahawa adindanya itu telah tiada, tetapi amat memahami mengapa Allah mahu Tunku Abdul Jalil berada disisiNya.


“Ini kerana anda seumpama ‘malaikat’ di bumi ini. Terima kasih untuk panduan yang anda berikan, terima kasih kerana menjadi kekuatan saya, terima kasih kerana menunjukkan kepada saya bahawa sebuah Lamborghini atau duit tidak bermakna apa-apa.

“Terima kasih kerana me­nunjukkan saya bahawa dalam kehidupan, Allah dan kasih sa­yang adalah segala-galanya. Saya sayangkan anda. Saya rindukan anda,” katanya dalam akaun Facebook tersebut.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, 5 Disember tahun lalu.

Tunku Abdul Jalil yang diputerakan pada 5 Julai 1990 merupakan anak keempat daripada enam beradik.

Allahyarham yang menghidap kan­ser hati tahap empat pernah menjalani pembedahan di hos­pital swasta di Guangzhou, China pada 2014.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...