Ahad, 7 Februari 2016

RAFIDAH PULAK BUAT HAL DAH NYANYOK KE ???

Shahrizat kecewa Rafidah seperti pembangkang serang Najib

KUALA LUMPUR, 6 Februari:

Wanita UMNO kecewa dengan sikap serta tindak-tanduk Tan Sri Rafidah Aziz yang bertindak seperti pembangkang apabila menyerang kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu politik Kedah.

Utusan Malaysia melaporkan ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bekas pemimpin Wanita UMNO itu juga seolah-olah sudah menggadaikan prinsip perjuangan apabila tergamak membuat pelbagai persepsi serta andaian terhadap isu tertentu dalam parti.

“Saya amat hairan dan geleng kepala membaca kenyataan beliau. Selama 22 tahun Tan Sri Rafidah memimpin Wanita, kami sering diingatkan supaya sentiasa disiplin, taat dan patuh kepada kepimpinan parti terutama kepada Presiden.


“Prinsip ini seolah-olah telah digadaikan bilamana kini beliau pula secara terang-terangan menyangkal kepemimpinan Presiden UMNO dan membuat pelbagai persepsi serta andaian terhadap isu yang berlaku di dalam parti mahupun negara.

“Sayang seribu kali sayang, Tan Sri Rafidah yang dulu kebal dengan prinsip perjuangan, kini seakan terjebak dengan permainan pembangkang untuk melemahkan parti,” kata Shahrizat menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Rafidah ketika mengulas kemelut politik di Kedah yang menyaksikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir terpaksa berundur daripada kedudukannya selaku Menteri Besar antara lain `menuduh’ Perdana Menteri sebagai dalang kepada krisis tersebut.

Dalam pada itu, Shahrizat memaklumkan, Wanita UMNO selaku sayap yang menjadi tulang belakang kepada parti, akan sentiasa mendukung Presiden UMNO dan kesetiaan tersebut tidak akan goyah hanya kerana kenyataan seperti dibuat Rafidah.

“Wanita UMNO istiqamah memegang prinsip kesetiaan serta menyokong pimpinan Perdana Menteri kerana beliau mengambil berat tentang perjuangan parti dan juga menjaga rakyat dengan baik, di kala seluruh dunia menghadapi cabaran,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...