KUALA LUMPUR, 5 Februari: Polis akan mengambil tindakan terhadap penulis blog Papagomo kerana melakukan `hukuman’ sendiri.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid
Ibrahim, berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemilik nama
sebenar Wan Azri Wan Deris kerana didakwa menyerang warga asing yang dikatakan
mengganggu secara seksual rakan dan adik perempuannya, seperti yang dilaporkan
The Star Online.
Baru-baru ini video viral menggambarkan Wan Azri
menendang dan menampar seorang lelaki yang dipercayai warga Pakistan menjadi
tajuk utama apabila penulis blog itu menyiarkan rakaman video terbabit di laman
Facebook peribadinya bagi mendapat simpati dan sokongan daripada pengguna media
sosial.
Beliau dilapor menyatakan bahawa tindakan beliau
itu adalah atas dasar rasa tanggungjawab.
Nor Rashid dilaporkan berkata, tindakan seharusnya
dikenakan terhadap Wan Azri yang melanggar undang-undang dan `memandang rendah’
kuasa polis.
“Saya belum melihatnya (video). Tetapi, samada warga asing atau penduduk
tempatan, kita semua ada undang-undang. Jika kita pukul seseorang, mendatangkan
bahaya kepada orang lain, kamu berbuat salah dan akan diambil tindakan.
“Kita tidak boleh sesuka hati memukul orang lain.
Mereka perlu mengikut undang-undang. Mereka perlu diberi pengajaran,” beliau
dipetik sebagai berkata.