Isnin, 8 Februari 2016

Mukhriz belum cukup masak untuk terjun ke dunia politik...

RENONGAN BERSAMA

Pasca kemelut MB Kedah... Ahmad Bashah secara rasminya dilantik sbg MB yg baru selepas selesai Majlis angkat sumpah semalam... sebelum itu, Mukhriz terpaksa akur dgn mengumumkan perletakan jawatannya...

Sudah menjadi resmi politik, akan ada yg kecewa, marah, iri hati, dan tak kurang juga yg gembira dan berpuas hati selepas matlamat tercapai... yg penting, kesinambungan kepimpinan dalam UMNO Kedah dan pentadbiran kjaan negeri tetap perlu diteruskan... sebesar manapun pergelutan yg berlaku, akhirnya, Kedah tetap Kedah... tak mungkin Kedah boleh berubah menjadi Tokyo dlm sekelip mata sekalipun samada Mukhriz kekal atau pun tidak...

Sejujurnya, bagi aku, byk hikmah yg patut kita renungi, drpd apa yg berlaku... malah, jika aku di tempat Mukhriz, walaupun mungkin sekarang ni masih diselubungi kekecewaan dan marah, namun selepas fikiran kembali tenang dan rasional, Mukhriz mungkin akan berasa lega dan ringan dari bebanan...


Kenapa??? Terus terang, Mukhriz adalah seorang insan yg baik dan lurus, bak kata org utara 'malaikat hidup'... Mukhriz belum cukup masak untuk terjun ke dunia politik... walaupun mempunyai latar belakang pendidikan yg agak baik, namun dalam politik, teori yg dipelajari tidak boleh dijadikan modal... apatah lagi dgn senario politik hari ini yg sgt mencabar, penuh dgn perkara luar jangkaan...

2 ciri penting yg perlu ada untuk survive dalam politik, mempunyai 'otak seminit' dan berkebolehan secara 'all rounder'... otak seminit bukan hanya bermaksud cepat membuat keputusan, tapi ia juga perlu dipelbagaikan dan sentiasa berada 'di luar kotak'... musuh biasanya akan mudah mengagak tindakan kita jika ruang likup pemikiran kita terhad... dan yg ke 2, 'all rounder' bermaksud, lempaq kita di laut jadi pulau, tauk kita di hutan jadi pekan...

Tanpa 2 ciri ini, sukar utk kita bertahan lama sbg pemimpin dlm politik, tak kiralah di peringkat manapun... sekadar pengikut atau penyokong, mungkin sesuai... seperti juga Mukhriz, selaku anak kpd mantan PM yg mempunyai pengaruh yg kuat, berlatar belakangkn kelulusan luar negara, tidak ada masalah dari sudut dana kewangan, malah, sudahpun ditempatkan di puncak, logiknya, sepatutnya Mukhriz sukar nk ditumbangkan... tetapi tidak, kelebihan2 yg Mukhriz ada masih belum cukup utk memastikan kedudukan dan kuasa Mukhriz tidak tergugat...

Tak dinafikan, ayah Mukhriz, Tun Mahathir merupakan antara ahli politik yang hebat... malangnya, kebijaksanaan Tun M berpolitik tidak turun kepada anak-anaknya, termasuk Mukhriz... politik tidak sekadar teori... tidak ada rumusan atau format2 tertentu untuk gah dlm politik... ia bukan perkara yg objektif... walaupun fakta mengatakan 'sebiji buah epal berada di atas meja', tp apabila masuk unsur politik, fakta berkenaan buah epal tadi boleh dimanipulasi hingga akhirnya org akan lebih nampak hasil manipulasi drpd fakta yg sebenar... (cth)

adalah lebih baik bg Mukhriz untuk berundur sekarang... ambil masa untuk memehami erti politik sebenar... musuh gemar mengambil kesempatan atas kelemahan kita berpolitik... hebat berkhidmat saja belum cukup, jika org lain yg mendapat kredit dan manfaatnya... lihat sajalah betapa biadap Mahfuz Omar cuba mengambil kesempatan di atas isu Mukhriz ini... Mahfuz seolah-olah cuba memperlihatkan betapa lemah dan bodohnya Mukhriz yg tewas di tangan Bashah... ditambah pula dengan tawaran si burung belatuk, Mat Sabu yg mempelawa Mukhriz untuk menyertai AMANAH... Mat Sabu memperlekeh perjuangan Mukhriz dan Tun M sebenarnya... Jika Mukhriz terpengaruh dan memilih untuk beralih ke parti Mat Sabu, maka itu lah nilai perjuangan Mukhriz, boleh dibeli dgn kuasa, jawatan dan pangkat...

apapun, aku mendoakan kebaikan kepada Mukhriz dan seisi keluarga... berundur bukan beerti tewas... kumpulkan ilmu biar penuh di dada dan perkukuhkan semula kekuatan dan jati diri... dan kemudian tampil semula kerana UMNO dan orang Melayu sentiasa mengalu-alukan pemimpin yg berpotensi, berkaliber dalam memperjuangkan hak org Melayu beragama Islam... elakkan diri daripada menjadi pengkhianat UMNO kerana Mukhriz masih muda, masih jauh liku-liku perjuangan yg bakal ditempuhi...

Cuma, harapan aku, selepas ini... Mukhriz akan tampil sebagai Mukhriz, bukan lagi Mukhriz anak mantan PM, Tun Mahathir... Insha Allah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...