Khamis, 20 Ogos 2015

APA JADI DAH ? Sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah menunaikan solat sunat ‘bersama’

RIUH jadinya apabila sebuah gambar memaparkan sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah menunaikan solat sunat ‘bersama’ mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial tempatan.
Gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesalahan yang ditunjukkan adalah amat jelas di mana posisi atau kedudukan makmum iaitu si pengantin perempuan yang dikatakan kurang tepat dari segi syarak.
Selain itu potongan gaun pengantin perempun yang digunakan untuk bersolat juga adalah agak ketat sehingga memaparkan jelas bentuk tubuh pinggulnya sendiri apatah lagi terbuka dipandang bukan muhrim.
Memang memakai telekung bukan benda wajib, namun bagi wanita, pakaian untuk solat mestilah longgar dan tidak menampakkan secara nyata rupa bentuk tubuh badan demi mengelakkan bahaya ‘fitnah’ mata.
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...