Translate

01/05/2015

INILAH PADAHNYA ORANG GILA BERCAKAP TAPI TAK SERUPA BIKIN


Isu mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai telefon prabayar semakin kusut dengan kenyataan berbeza. Apa dah jadi...putar belit macam ...........

PUTRAJAYA 29 April - Semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep tax inclusive (termasuk cukai) berkuat kuasa 1 Mei ini, seperti rejim cukai sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, sehubung­an itu, surat arahan berhubung perkara berkenaan telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut.


Beliau berkata, melalui arahan terbaharu itu, setiap harga kad prabayar telah termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kaedah tersebut sama seperti penguatkuasaan cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 tanpa sebarang caj tambahan.

“Oleh itu sekiranya harga kad prabayar itu RM10 akan kekal RM10 (termasuk GST). Sebenarnya sebelum pelaksanaan GST penjualan kad prabayar telah pun mempunyai elemen cukai iaitu cukai perkhidmatan.

“Justeru, sistem yang sama akan digunakan oleh syarikat telekomunikasi dalam melaksanakan GST. Jangan pula nanti apabila harga satu kad prabayar RM10, ejen-ejen pula yang mengenakan GST. Jika berlaku kita akan kenakan tindakan terhadap mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...