SOKONG 101 PERATUS CADANGAN TAN SRI. CAKAP PELAT TERSEKAT-SEKAT. KOT-KOT PENDATANG TAK?
Wakil rakyat pelat buat saya loya- Ridhuan Tee (KLIK SINI )
KUALA LUMPUR - Cadangan mensyaratkan individu yang
ingin menjadi wakil rakyat harus fasih berbahasa Melayu dan memiliki kepujian
bagi bahasa itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu disokong.
Menegaskan demikian, Penasihat Kerajaan Dalam Hal
Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, setiap pemimpin di
negara ini perlu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.
"Jika ini dapat disyaratkan, ia sangat baik. Ia
merupakan satu konsistensi yang boleh kita ikut demi tanah air yang dicintai.
"Memang tidak ada kesan baiknya kalau seseorang
pemimpin tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik.
"Bagi saya, pandangan seperti itu khasnya memberi
dokongan kepada menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Quality Day 2015' di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini. - Bernama