Translate

29/04/2015

Harga kad prabayar kekal berkuat kuasa 1 Mei - Tengok dan lihat


PUTRAJAYA - Semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep 'tax inclusive' (termasuk cukai) berkuat kuasa 1 Mei ini seperti mana cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, surat arahan berhubung supaya harga kad prabayar dikekalkan telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut.
Beliau berkata, melalui arahan terbaharu itu setiap harga kad prabayar telah dimasukkan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kaedah itu sama seperti penguatkuasaan cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan. - KOSMO!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...