Selasa, 18 November 2014

Binatang Liar mengamuk disebuah Surau di Sintok Kedah ???


Tindakan setegas-tegasnya perlu diambil kepada SI BARUA yang terlibat.

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Tindakan sekumpulan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) termasuk bukan Islam mengadakan Himpunan Promahasiswa di sebuah surau di Sintok, Kedah, semalam disifatkan sebagai perbuatan biadab.

Ketua Tugas-tugas Khas Biro Pemantauan dan Integriti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, pelajar bukan Islam yang menyertai himpunan itu seharusnya lebih peka tentang isu menghormati agama lain di negara ini.

Katanya, perbuatan mereka yang memasuki surau itu sama seperti menceroboh, selain cuba mencetuskan provokasi dalam kalangan masyarakat beragama Islam.

“Masuk ke dalam surau tanpa memakai pakaian sopan dan menyampaikan ucapan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral mereka dalam menghormati agama Islam.

“Saya harap mahasiswa jangan mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang cuba menjadikan mereka sebagai kuda tunggangan bagi merealisasikan agenda menjejaskan kestabilan negara, selain berfikir rasional sebelum melakukan sebarang tindakan yang merugikan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, sekumpulan pelajar UUM termasuk yang bukan Islam berhimpun di dalam sebuah surau di Sintok selepas permohonan mereka untuk mengadakan perhimpunan di dalam kampus ditolak oleh pihak pengurusan universiti berkenaan.

Lebih dikesali, mereka bukan sekadar bercampur lelaki dan perempuan malah ada yang tidak menutup aurat.

Sumber - bersambung untuk dibaca.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...