Tindakan setegas-tegasnya perlu diambil kepada SI BARUA yang terlibat.
KUALA LUMPUR 16 Nov. –
Tindakan sekumpulan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) termasuk bukan
Islam mengadakan Himpunan Promahasiswa di sebuah surau di Sintok, Kedah,
semalam disifatkan sebagai perbuatan biadab.
Ketua
Tugas-tugas Khas Biro Pemantauan dan Integriti Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata,
pelajar bukan Islam yang menyertai himpunan itu seharusnya lebih peka tentang
isu menghormati agama lain di negara ini.
Katanya, perbuatan mereka
yang memasuki surau itu sama seperti menceroboh, selain cuba mencetuskan
provokasi dalam kalangan masyarakat beragama Islam.