Translate

19/11/2014

Ada pemimpin UMNO di setengah negeri masih "berbulan madu" ?


Tukar pemimpin yang tak berkesan demi kelangsungan UMNO

Kepimpinan UMNO diminta membuat perubahan drastik dengan menukar semua kepimpinan di peringkat negeri yang dilantik tetapi tidak membuktikan kemampuan mereka dalam usaha menjamin kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentu mengetahui ada pemimpin UMNO di setengah negeri yang masih seperti "berbulan madu" selepas pilihan raya umum lalu tanpa memberi tumpuan dan perhatian menabur khidmat bakti kepada rakyat.
"Kalau begini caranya, rakyat ditinggalkan, bagaimana boleh kita memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum nanti, lebih-lebih lagi di negeri-negeri yang sudah jatuh ke tangan pembangkang," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen UMNO Perlis 2014 di Dewan Warisan Kangar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...