Translate

15/12/2013

TAHUN 2014 ADALAH TAHUN MENCABAR UNTUK RAKYAT


MINYAK NAIK, TOL PUN NAIK.  LAGI APA YANG NAK NAIK KITA TUNGGU SAJA !!!!!!


KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.
Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.

13/12/2013

CAWANGAN KHAS PDRM MAMPU MENANGANI ISU SYIAH

Cadangan tubuh pasukan “Polis Syariah” diperhalusi, kata Zahid Hamidi

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
Untuk itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Ada cadangan daripada sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk tubuhkan pasukan polis Syariah, banteras ajaran sesat. Ini akan dibincangkan dengan terperinci.  

MAT SABU KANTOI !!!!

KDN kemuka 10 bukti Mat Sabu terlibat Syiah

PUTRAJAYA 12 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengemukakan 10 bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan fahaman Syiah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini berkata, antaranya Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.

Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011. - UTUSAN ONLINE.

Maklumat lanjut mengenai perkara berkaitan sila KLIK DISINI

12/12/2013

EYEBALL SAYANG PEMANCAR


Dungun 11/12/2013 - Eyeball SAYANG PEMANCAR bagi rakan-rakan radio amatur Zon Dungun telah diadakan di Kedai Penal "Tiada Masalah, Aaa Gitu" yang telah diatur bersama ahli-ahli CRC Terengganu yang diketuai oleh Presidennya 9W2DMM Afandi bin Mohamed.

Turut hadir 9M2LOK serta wakil dari Kuala Terengganu dan Marang. Seramai lebih kurang 40 orang menghadiri program yang diatur bagi merapatkan tali silaturrahim diantara rakan-rakan serta membincangkan program "MEGA EYEBALL" yang akan berlangsung pada 12hb. Disember, 2013 di Puncak Panorama, Kuala Terengganu. 

 

untuk maklumat bergambar seterusnya sila KLIK DISINI

11/12/2013

Langit Malaysia Diterangi Juraian Hujan Meteor Mulai 3 Hingga 17 Dis - Angkasa


KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Langit Malaysia akan diterangi juraian hujan meteor Geminids mulai 3 hingga 17 Dis ini, menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Selasa.

Dianggarkan, kira-kira 120 juraian meteor sejam dapat dilihat pada masa kemuncaknya yang bermula dari awal pagi 13 Dis hingga 14 Dis ini.

"Titik meteor Geminids adalah daripada buruj Gemini yang berada di langit Malaysia sejak September lepas hingga April tahun depan.

"Pada tahun ini, kenampakannya tidak begitu baik kerana waktu kemunculannya sama dengan fasa Bulan hampir purnama (91 peratus penuh)," demikian menurut kenyataan itu.

Mereka yang berminat menyaksikan hujan meteor boleh berbuat demikian dengan memandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam hingga subuh di kawasan lapang dan gelap.

Bagaimanapun, keadaan cerah langit oleh cahaya bulan akan mengehadkan kenampakan meteor kepada 50 hingga 80 meteor sejam.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang menyaksikan planet Musytari, Marikh, Buruj Belatik, Taurus, Gemini, Cassiopeia, Pegasus, Canis, Major, Leo, Virgo dan Gugusan Bintang Tujuh (Pleiades) dengan mata kasar.

Mereka yang mempunyai teleskop juga boleh menyaksikan 'Great Orion Nebula'.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau 03-22734301. BERNAMA

10/12/2013

MAT SAID ROMPAK LORI ROTI GARDENIA ????

MB guna kuasa 'veto' tahan lori Gardenia

KEPENTINGAN RAKYAT DIDAHULUKAN.

SHAH ALAM - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang kelaparan. 
 
Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan itu. 
 
Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk anak-anak kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut. 
 
Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu. 
 
Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti tersebut. 
 
Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial.

09/12/2013

Wanita berusia 66 tahun berumah di dalam lubang

BEIJING - Seorang wanita, Quan Youzhi yang berusia 66 tahun tinggal di dalam lubang bawah tanah di sini selama 20 tahun.
Youzhi tinggal di dalam lubang tersebut yang asalnya berfungsi sebagai sistem penyaluran udara panas di bandar raya ini.
Wanita tersebut tidak mampu membayar sewa rumah sejak dia datang ke bandar raya ini.
Justeru, Youzhi mencari lubang yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal.
Dia menyara kehidupannya dengan mengutip botol-botol terbuang untuk dijual dengan memperoleh pendapatan sebanyak 10 yuan (RM5.31) sehari.
Namun, para pekerja penguat kuasa di bandar raya ini menutup lubang yang didiami penduduk tidak berumah itu dengan simen bagi mengelak ia dijadikan tempat tinggal.
Youzhi akan mencari tempat tinggal lain apabila anggota-anggota penguat kuasa itu mengusirnya keluar.
Menurut laporan media, terdapat lima lubang bawah tanah di situ yang dijadikan tempat tinggal oleh orang yang tidak berumah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...