LAHAD DATU – Meskipun ancaman penceroboh di Lahad Datu sudah berakhir, namun pengalaman pahit tetap segar di ingatan penduduk. Apa yang jelas, pengganas Kiram sudah lama merancang untuk masuk ke Sabah dan menawan Borneo dengan hajat meletakkan kepulauan itu di bawah kekuasaan Sultan Sulu.
Beberapa ketua kampung dan pengerusi JKKK mengakui kewujudan pelbagai tawaran dari pengganas untuk memujuk penduduk di Kampung Tanjung Labian, Kampung Tanjung Batu, Kampung Sungai Bilis, Kampung Tinagian, Kampung Lok Buani dan Kampung Lok Sembuang menyokong tindakan mereka.
Menyoroti semula kisah enam bulan sebelum pengganas menyusup masuk ke Lahad Datu, Ketua Kampung Tinagian, Abdul Aziz Linggan mengakui ada mendapat perkhabaran mengenai kemasukan ejen–ejen pengganas yang dilantik untuk memujuk penduduk kampung menyertai mereka.