Translate

19/05/2012

USTAS NUAR AL-JUBURI BAWA MASUK IRSHAD MANJIL PEJUANG pluralisme agama, lesbian, biseksual, gay dan transgender (LBGT) ???


Kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi songsang yang dibawa pejuang pluralisme agama, lesbian, biseksual, gay dan transgender (LBGT), Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ideologi penulis tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Akta dan Enakmen Agama Islam Negeri-Negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat.

"Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, Irshad Manji adalah seorang muslim berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme.

"Beliau juga adalah seorang lesbian dan pendukung hak LGBT di peringkat antarabangsa. Beliau pernah mengarang buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di dunia berjudulThe Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel The Satanic Verses," katanya selepas merasmikan Karnival Buat Elok Saja Tau di Sekolah Menengah Agama Pekan Yan, di sini malam ini.

Jamil Khir mengulas aduan banyak pihak terhadap penulis itu yang bercadang mengadakan program di Malaysia dengan dibantu Gerakan Homoseksual Malaysia.

Katanya, kedatangan Irshad ke Malaysia pada kali ini adalah bertujuan untuk mempromosikan buku terbarunya Liberty and Love yang dipenuhi dengan unsur penghinaan terhadap agama Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidupnya sebagai seorang lesbian.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua pihak diingatkan supaya tidak memberi apa-apa ruang kepada individu itu untuk mempromosikan ideologi songsang beliau dalam apa jua medium.

"Penyebaran ideologi seumpama ini dikhuatiri menyentuh sensitiviti beragama serta satu provokasi yang serius terhadap umat Islam di negara ini yang mengamalkan Islam secara harmoni di bawah naungan institusi raja-raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang setempat.

Beliau juga menggesa semua umat Islam agar sentiasa peka dan berhati-hati serta tidak mudah menerima dan terpengaruh dengan apa jua bentuk fahaman atau ideologi yang dibawa oleh kumpulan dan individu seumpama itu.

Sumber:utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...