Translate

19/05/2012

Dilemma Parti Angguk Saja (PAS)


DS Hadi mengadakan ceramah di Kg. Rhu Muda, Marang pada 18/05/2012 telah mencabuli undang-undang dg menghabiskan masa ceramahnya melebehi jam 12.00 t/malam iaitu sehingga 12.30 malam.

Ada yang kata PAS parti angguk sahaja, ada yang cakap Parti Ajaran Sesat, Parti Anak Syaitan la, Parti Anjing SeMalaysia la, kadang betul jugak!  dan macam macam lagi gelaran yang menyakitkan hati penyokong-penyokong Ambiga, yang telah menubuhkan parti barunya bersamaan dengan parti PAS iaitu Parti Ambiga Sreenvasan  juga PAS.

Pasal apa? Fenomena ini berlaku adalah disebabkan inilah satu satunya parti Islam di dunia yang paling berdolak dalik, paling flip-flop, paling ting-tong dan sanggup melakukan apa sahaja sehingga menggadaikan prinsip asal perjuangannya menegakkan negara Islam. Parti yang tidak konsisten.  Parti yang tidak dapat dinilai sumbang baktinya kepada agama dan bangsa walaupun telah berpuluh dekad ditubuhkan, melainkan  hanya memecahbelahkan umat dan bangsanya sendiri. 

Hal ini diburukkan lagi apabila parti dikemudi oleh golongan so-called profesional dan bukannya dari latarbelakang ulama.  Bertambah parah apabila bersekutu dengan parti kurang moral PKR dan berkahwin dengan parti chauvinist, racist DAP.  Hilang pegangan kitabnya, malah bersekongkol menuruti Buku Jingga ciptaan manusia, menghukum mengikut musim dan berfatwa menurut selera.

Gerakan murni menyatukan umat Melayu Islam dipelopori Ustaz Nasa bukan setakat tidak boleh diterima oleh pucuk pimpinan, malah membawa kepada penyingkiran seorang lagi ulama dalam syaf kepimpinannya.  Astaghfirullah...dan banyak lagi perkara dan keputusan keputusan pelik yang berlaku dalam parti angguk saja ini sehingga rakyat melihat parti ini tidak boleh diharapkan, parti ini tidak akan mampu memperjuangkan syiar Islam dan membela bangsanya yang semakin berpecah dan hanyut bagai buih.

Diulangkan di sini, beberapa fakta tepat oleh Dr. HASAN ALIyang memperlihatkan kebobrokan Parti Ajaran Sesat itu untuk rakyat berfikir dan  menilai semula.  Huraian yang tidak dapat disangkal tentang bukti benar bahawa inilah wajah sebenar parti angguk saja yang juga parti ajaran sesat.  Trend terbaru parti ajaran sesat ialah memberikan kedudukan istimewa kepada artis-artis yang dah tak laku.  Untuk apa?  Asalkan boleh popular, PAS buat apa sahaja.  Daripada menyeru umat membuat amal mengikut syiar, PAS mentarbiyah rakyat mengingkari pemerintah walaupun pemerintah yang sah yang dipilih oleh majoriti rakyat.

PAS akan dilihat lebih tinggi darjatnya, lebih mulia martabatnya,  lebih suci perjuangannya kalau bergerak sendiri tanpa ANWAR dan AMBIGA, tanpa Cina DAP yang paling racist itu...  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...