Orang Pas menyuruh saya berhenti menulis dan jangan campur tangan urusan rumah tangga mereka mengenai kedudukan Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa yang diibaratkan duri dalam daging.
Menurut Pas, biarlah mereka tangan sendiri masalah dalamannya. Orang luar tidak perlu campur tangan.
Benar, saya mengakui, tetapi tidak perlulah menyuruh saya berhenti memberi pandangan, kerana kebebasan ini dijamin Perlembagaan. Kenapa tidak suruh ultra kiasu yang terang-terang menghina Islam dan melakukan kemungkaran berhenti bercakap dan menulis. Manakah yang lebih bahaya, saya atau ultra kiasu?.