Ahad, 1 Januari 2012

TER - SAMBUTAN AMBANG 2012 DICEMARI DENGAN TUMPAHAN AIR HUJAN


Rhu Rendang 31/12/2011 - Sambutan Ambang 2012 yang dianjurkan oleh Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang, Marang telah diadakan di Dewan Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.  Sambutan yang penuh erti tapi bersederhana menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi yang ditunjukkan oleh Pemuda/Puteri UMNO Dun Rendang terhadap kepimpinan Pegawai Penyelaras DUN, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.
Sebelum sambutan bermula hujan lebat dengan angin kencang bertiup diluar bangunan yang indah, tetapi disebaliknya terjadi dimana limpahan air hujan telah membanjiri masuk ke dalam dewan yang menempatkan tetamu-tetamu yang sedang mengadakan majlis Sambutan Ambang 2012.
 

Suasana majlis menjadi tidak menarik dengan kehadiran limpahan air hujan yang begitu banyak membasahi separuh daripada dewan tersebut. Pekerja-pekerja bertungkus lumus menghalang air daripada terus masuk kedalam bangunan, tapi tidak dapat menghalang air daripada terus melimpahi ruangan majlis.

 
 

Pengurusan TER sepatutnya tahu perkara sedemikian pasti berlaku setiap kali hujan, namun tiada sebarang tindakan awal diambil bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...