| Suspek keluar dari lobi hotel bersama beg dipercayai berisi pasport dan wang tunai Penolong Pengarang Berita NOW TV Hong Kong, Chan Wai Li di Lobi Hotel Everly, Putrajaya. Foto: BERNAMA |
Petugas Media MH370 Rugi RM15,000
PUTRAJAYA: Dalam kesibukan petugas media tempatan dan antarabangsa membuat liputan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)MH370, seorang wartawan TV luar negara mendakwa kehilangan RM15,000 apabila beg miliknya dicuri di sebuah hotel pada Khamis.
Selain wang tunai, Chan Wai Li, lelaki berusia 36 tahun dari Now TV, sebuah stesen TV swasta Hong Kong itu turut kehilangan dokumen perjalanan, dompet, kad kredit dan pita rakaman kamera video.
Chan yang merupakan Penolong Pengarang Berita, Now TV mendapati begnya hilang pukul 4 petang, selepas pulang dari pusat beli belah Alamanda yang terletak berhampiran dengan hotel itu setelah membeli kad prabayar bersama dua lagi rakannya.
| Suspek dipercayai mencuri beg Pembantu Editor Berita NOW TV Hong Kong, Chan Wai Li ketika membuat liputan mengenai ahli keluarga penumpang Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lobi Hotel Everly, Putrajaya, Khamis. Foto: BERNAMA |