KUALA
LUMPUR – Veteran
UMNO, Tan Sri Rais Yatim menyindir tindakan pemimpin
MCA dan MIC yang mengugut keluar kerajaan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU)
Akta 355 diluluskan.
Beliau
berkata demikian menerusi twitternya yang merujuk kepada kenyataan
Presiden MCA, Datuk Seri Liew Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri S.
Subramaniam, kelmarin.
“Belum
apa-apa lagi MCA dan MIC sudah gertak akan keluar Kabinet. Kuat
sangatkah mereka?,” soalnya.
