KUALA
LUMPUR – Veteran
UMNO, Tan Sri Rais Yatim menyindir tindakan pemimpin
MCA dan MIC yang mengugut keluar kerajaan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU)
Akta 355 diluluskan.
Beliau
berkata demikian menerusi twitternya yang merujuk kepada kenyataan
Presiden MCA, Datuk Seri Liew Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri S.
Subramaniam, kelmarin.
“Belum
apa-apa lagi MCA dan MIC sudah gertak akan keluar Kabinet. Kuat
sangatkah mereka?,” soalnya.
Terdahulu, Presiden
MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak dalam masa terdekat untuk mendapatkan pendirian Barisan Nasional (BN)
mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan)
2016.
Menurutnya, RUU yang
dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada
Khamis lalu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan kaum Cina dan
menganggap RUU itu adalah hukum hudud.
Sumber: KLIK DISINI