Tangguh
haji ikut Rasulullah: Hujah Nik Aziz tidak tepati dalil
KUALA
LUMPUR 19 Jun - Keputusan Rasulullah SAW melewatkan ibadat haji pada tahun
keenam hijrah disebabkan masih terdapat golongan musyrik melakukan tawaf ketika
itu selain ada yang bertawaf secara berbogel.
Pengerusi
Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, justeru
baginda membuat keputusan membersihkan Masjidil Haram daripada kedua-dua unsur
tersebut sebelum mengerjakan ibadat haji.
Sehubungan
itu, kata beliau, hujah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi
membolehkan ahli-ahli parti itu yang terlibat secara langsung dengan pilihan
raya umum menangguhkan ibadat haji dengan mengaitkan kisah penangguhan ibadat
haji Rasulullah itu adalah tidak sesuai.
Tegas
beliau, ini kerana hujah itu tidak menepati dalil berdasarkan isu yang dibawa
oleh Nik Abdul Aziz.
