Translate

Memaparkan catatan dengan label Selamat Hari Bapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selamat Hari Bapa. Papar semua catatan

23/06/2016

Jadikan ikhtibar buat semua rakyat jelata Sempena Hari Ayah yang baru berlalu.

(Kisah) Bapa Yang Miskin Beli Laptop Untuk Anaknya.

Agak sedih membaca kisah bapa yang miskin ni sanggup bersusah payah mengumpulkan wang semata-mata ingin beli laptop untuk anaknya.

Adakah anaknya tidak tahu keperitan si bapa yang bersusah payah mencari wang. Apapun hargailah bapa kita. Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit.. apabila telah berjaya dalam hidup terus dilupakan mereka ini. Ingatlah tanpa mereka siapalah kita..

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya,

“Pakcik, laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi,

“Nak beli untuk anak ke?”, tanya aku..

“Ya, nak beli untuk anak" – dia nak sambung belajar..

17/06/2012

Hargai peranan, jasa dan budi bapa


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat mengenang dan menghargai peranan, jasa dan budi para bapa sempena sambutan Hari Bapa, esok.

Beliau berkata, anak-anak seharusnya memanfaatkan sambutan Hari Bapa bagi menyatakan penghargaan terhadap jasa dan budi bapa masing-masing.

"Jadi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di negara ini termasuk mereka yang baru sahaja bergelar bapa.

"Bapa muda pun kita kena beri pengiktirafan atas sumbangan dan potensi mereka untuk membentuk generasi baru yang akan menentukan kejayaan negara, insya-Allah," katanya dalam rakaman video temu bual khas berdurasi kira-kira enam minit sempena sambutan Hari Bapa 2012 yang dimuat naik ke laman blog www.1malaysia.com.my di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...