Agak sedih membaca kisah bapa yang miskin ni sanggup bersusah payah mengumpulkan
wang semata-mata ingin beli laptop untuk anaknya.
Adakah
anaknya tidak tahu keperitan si bapa yang bersusah payah mencari wang. Apapun
hargailah bapa kita. Janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit.. apabila
telah berjaya dalam hidup terus dilupakan mereka ini. Ingatlah tanpa mereka
siapalah kita..
Ada
seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku
menerjahnya,
“Pakcik,
laptop…” – dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku
menyambung lagi,
“Nak
beli untuk anak ke?”, tanya aku..
"laptop
yang mana yang ok?”. Aku mempromosi barang seperti biasa.. aku biasanya
mengesyorkan yang paling murah.
“Kalau
nak yang bagus, mahal pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie
lah, Samsung.. seribu seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia
banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut..
“Nanti
saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” pergi dengan suatu
perasaan yang lain.
Aku
dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan aku duduk di
kaunter menunggu pelanggan.. dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya..
“Yang
mana ya yang haritu, ada lagi tak?”, Tanya pakcik tu.
“Yang
nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru.. harga sama je”, aku menyambut
soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya,
“Yang
nie ok ke dik?” – “Ermmm, ok ke nie murah je.. karang rosak karang susah…”
jawabnya dengan muka yang kurang puas hati.. anaknya seperti menginginkan yang
lain yang lebih mahal.
“Yang
acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan
negosiasi,
“Yang
acer nie berapa boleh murah lagi?” – “Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah harga
kos dah tu…” aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung
lagi,
“Dik,
nak laptop untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk belajar... yang nie lebih
dari cukup.. rosak tak payah pikir sangat... warenti setahun.”. Aku
mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah
bapanya.
“Oklah,
yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari
meja ‘display’.. aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar.. aku
nampak dompetnya kosong.. habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia
menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula – dia melihat tanganku yang
mengira. Habis aku mengira.. wang aku masukkan dalam cash drawer,
“Cukup
duit tadi dik?” tanya pakcik tu..
“Cukup,
Terima Kasih ya…”. kata aku membalas..
Dia
dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira
duit yang diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya
sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli
sebuah laptop untuk anaknya.. penuh harapan.
Aku
geram kepada anaknya... seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana – hanya tahu
minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku
nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu
dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu ‘mengais’ untuk hari esoknya.
Ya
Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah
keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin..
Tak
kiralah bapa kita bagaimanapun, tanpa dia siapalah kita...
SAYANGI
DAN FAHAMILAH BAPA DAN IBU KAMU SEMUA.. SELALU SELALU MENJENGOK BILA BERADA
JAUH DARI MEREKA..
Zack
lampirkan gambaran penuh makna..
Sumber: Perkongsian dari Jalaluddin Mohamad Ismail